Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Followers

Archive for 2012

60th Malaysian Royalty - New Image Sdn. Bhd


Alhamdulillah, Selesai sudah Majlis 60th Malaysian Royalty - New Image Sdn. Bhd. yang baru-baru ini berlangsung di KL Convention Center pada 18th November 2012. Memang beraura untuk berjaya bila berada disana. Bertambah bersemangat saya untuk lakukan yang terbaik dalam biz ini. Insyaallah saya target untuk berada di pentas lagi, tapi kali ini saya mahukan 'Money On Beg' pula.. Dari Uncang naik la ke Beg kan. Tahniah saya ucapkan kepada 'Leader' Ezira Mahadi & Suami kerana berjaya memperoleh kejayaan 'Money On Beg' insyaallah saya akan menyusul di Majlis Royalty pada May'13 nanti.

 

Kepada yang sedang tercari-cari business apa yang sesuai untuk tambah kan pendapatan keluarga atau sendiri. jawapan saya, Pilih lah untuk bersama-sama saya menjadi Agent New Image Sdn. Bhd. Dengan produk yang berkualiti, bermutu, Halal & terbukti keberkesanannya. Tidak perlu diragui, dengan menjalan kan biz nie tiada istilah 'TAK LAKU'. Produk memang akan terjual, tidak akan tersimpan. 

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/486289_3763897830036_1217943450_n.jpg

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.


Sumber dari : ARKIB : 19/11/2012 (Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Syarikat swasta serta entiti perniagaan yang telah menempa kejayaan diseru tidak melupakan nasib golongan kurang bernasib baik di negara ini untuk memberikan sumbangan berpatutan kepada mereka.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, di samping mengejar kekayaan pihak swasta juga mempunyai tanggungjawab sosial dalam bersama-sama memajukan rakyat dan negara.
"Sebenarnya, rakyat Malaysia tidak kira lelaki atau perempuan semuanya berebut-rebut mendapatkan kejayaan.
"Tetapi, gunakanlah duit anda secara bijaksana untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat secara amnya," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Royalti New Image Malaysia Ke-60 di sini hari ini.
Yang hadir sama, isteri beliau merangkap Pengerusi Eksekutif Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP), Tun Jeanne Abdullah; Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin; Pengerusi Eksekutif New Image International, Graeme Clegg dan Naib Presiden New Image Asia Pasifik, N. H. Chua.
Majlis itu turut menyaksikan sumbangan RM100,000 kepada SMP iaitu RM45,000 daripada New Image Sdn. Bhd. dan RM55,000 daripada anak syarikatnya, The New Professionals Sdn. Bhd. bagi tujuan kebajikan.
Dalam pada itu, Jeanne berkata, sumbangan daripada New Image tersebut membuktikan rakyat negara ini sentiasa mengambil berat tentang kebajikan golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan fahaman politik.
"Masih ramai golongan yang memerlukan bantuan di negara ini kerana Malaysia berkembang maju dengan terlalu pantas, jadi terdapat pihak yang tercicir," katanya.

ARKIB : 19/11/2012

Syarikat perlu sentiasa bantu golongan tidak bernasib baik - Tun Abdullah

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Syarikat swasta serta entiti perniagaan yang telah menempa kejayaan diseru tidak melupakan nasib golongan kurang bernasib baik di negara ini untuk memberikan sumbangan berpatutan kepada mereka.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, di samping mengejar kekayaan pihak swasta juga mempunyai tanggungjawab sosial dalam bersama-sama memajukan rakyat dan negara.
"Sebenarnya, rakyat Malaysia tidak kira lelaki atau perempuan semuanya berebut-rebut mendapatkan kejayaan.
"Tetapi, gunakanlah duit anda secara bijaksana untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat secara amnya," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Royalti New Image Malaysia Ke-60 di sini hari ini.
Yang hadir sama, isteri beliau merangkap Pengerusi Eksekutif Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP), Tun Jeanne Abdullah; Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin; Pengerusi Eksekutif New Image International, Graeme Clegg dan Naib Presiden New Image Asia Pasifik, N. H. Chua.
Majlis itu turut menyaksikan sumbangan RM100,000 kepada SMP iaitu RM45,000 daripada New Image Sdn. Bhd. dan RM55,000 daripada anak syarikatnya, The New Professionals Sdn. Bhd. bagi tujuan kebajikan.
Dalam pada itu, Jeanne berkata, sumbangan daripada New Image tersebut membuktikan rakyat negara ini sentiasa mengambil berat tentang kebajikan golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan fahaman politik.
"Masih ramai golongan yang memerlukan bantuan di negara ini kerana Malaysia berkembang maju dengan terlalu pantas, jadi terdapat pihak yang tercicir," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121119/ek_02/Syarikat-perlu-sentiasa-bantu-golongan-tidak-bernasib-baik---Tun-Abdullah#ixzz2CqzEUgWu
© Utusan Melayu (M) Bhd

Posted in , , | 2 Comments

Mari Mebeli & Beramal


Assalamualikum semua, Disini Baiti ingin memohon jasa rakan2 Follower semua untuk Share kan apa yang Baiti akan poskan di entry ini. Semua sedia maklum tentang penderitaan yang dialami oleh Kanak2 di GAZA. Di atas keperihatinan ini Baiti dan juga Rakan2 Seperjuangan didalam Biz ini bersepakat akan membuat jualan sambil mengumpulkan dana untuk disumbangkan ke 'Tabung Aman Palestine'. Diharapkan dengan subangan ini serba sedikit dapat membantu mereka mendapatkan ubat-ubatan, pakaian, & bahan Binaan dan lain-lain seperti yang di war-warkan oleh Tun Mahathir Mohamad semalam, semasa perjumpaan tergempar badan NGO itu. Jom amalkan gaya hidup sihat & langsing sambil beramal.
"Save The Childrens Of Gaza"


https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/599844_285210131598179_1673692884_n.jpg

PROMOSI!! PROMOSI!! PROMOSI!!

Promosi Penghujung November KINI BERMULA!!!
Jom Sihat, Kurus & Langsing Tanpa Perlu BERLAPAR?
Turun 2-5KG dalam masa Seminggu sahaja..
Jom dpatkan ALphalipid Sd2 sekarang!!!

PROMOSI BERMULA HARI INI HINGGA PERTENGAHAN 15th DECEMBER 2012

sbg tanda keprihatinan bg membantu meringankan penderitaan yg ditanggung rakyat Palestin,RM1 bg setiap tin ALPHALIPID SDII atau Produk lain yg anda beli dari Baiti sepanjang PROMOSI ini akan disalurkan ke tabung Aman Palestin.Mudah2 an Allah memberkati sumbangan kecil kita ini,Insyaallah.

PM/CALL/WhatsApp 017-3653902 (Baiti)

Posted in , | Leave a comment

Kejayaan Hasil dari usaha sendiri.. Syukur


Alhamdulillah, Bersyukur sangat-sangat kepada ALLAH, kerana membuka rezeki kepada seluruh umat didunia yang berusaha & bekerja keras demi meneruskan kehidupan. Baiti bersyukur sangat-sangat kerana
akhirnya berjaya juga melakukan sesuatu yang baiti minat. Setelah 5bulan bergiat dalam biz sebagai pengedar tetap New Image Sdn. Bhd. yang terkenal dengan produt nya iaitu ALPHALIPID SDII & ALPHALIPID LIFELINE akhirnya baiti berjaya membuktikan kepada suami (terutamaya) yang bahawa biz ini mudah & memang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan setiap bulan. Siapa sangka dari permulaan biz nie income baiti hanya RM240 semakin lama semakin meningkat hingga ke RM3k sebulan.

Ranking yang mudah untuk dilakukan. 
Bukan system pyramid yang perlukan 'Kaki' ramai & banyak.
'Kaki' sikit tapi income banyak :)

Rasanya semua dah tahu yang baiti memang minat berniaga. Dari mula2 dulu berniaga tudung secara online, kemudian jual baju, kain & macam2 lagi. Kalau nak tahu biz sebelum nie memang sukar sebab kena bersaing dengan perniaga lain. Pulak tue sentiasa kena 'Up to date'. Pemilihan corak & warna juga penting. susah kita nk 'attract' customer sekarang nie yang kebanyakannya ada fashion, warna & design kegemaran mereka. Sudahnya stock tak dapt nak habis, tersimpan ajer dalam kotak & bawah katil, tak pun buat free gift pada customer, tak ke rugi dah kat situ, modal pulangan tak seberapa pun. Ini lah 'Nature of Business'

Yang ke-60 means New Image Sdn. Bhd nie dah lama, 
setanding dengan MLM yang lain.

Akhirnya baiti jumpa juga satu biz yang boleh mendatangkan pendapatan yang agak lumayan pada setiap bulan. Modal biz pun tak besar sangat, mampulah untuk buat, kena pulak dalam 1 bulan sahaja dah dapat balik pulangan modal tue. So memanglah tak rugi langsung. Produk pun berkuali & dijamin. Halal tue sudah tentu. Baiti nie dah jadi ahli New Image Sdn. Bhd. nie dah lama dah, boleh dikatakan setahun lebih yang lalu. Tapi sejak produk barunya ALPHALIPID SD-II dilancarkan, ianya mebuka mata baiti, produck ini sememangnya berkesan, dah ada testemoni yang dapat turunkan berat badan mereka 1bulan sampai 20KG. so kenapa tidak baiti cuba untuk jual. Alhamdulillah bulan pertama buat biz nie 30 tin terjual dalam masa 1bulan shj, dengan penjualan 30 tin baiti terus layak sebagai pengedar tetap NZ New Image Sdn. Bhd. Masuk bulan kedua makin bertambah jualan sampai 80tin, begitu juga bulan2 seterusnya. Sampai lah penghujung October lalu baiti akhirnya dapat selesaikan 500 tin penjualan dalam masa 5bulan dan melayakkan baiti untuk menerima Royalty dari syarikat. Alhamdulillah, semua nie berkat usaha & tunjuk ajar dari leader baiti yang x pernah putus2 bagi semngan & dorongan. Dalam biz nie ada leader yang akan berikan kita panduan & cara untuk kita berjaya. Jadi kenapa perlu baiti risau kan, bukanlah bermakna buat seorang diri, ada group ada team ada leader yang banyak sangat membantu.

 Saya tersenarai sebagai penerima ROYALTY MALYSIA ke-60
pada 18hb November 2012 ini..

Bila dah tersenarai sebagai penerima Royalty dari syarikat tue baiti rasa puas sangat sebab, hasil usaha kita selama ini terbalas dengan ganjaran dari syarikat. Bukan lah kerja sia-sia, jual beratus-ratus tin tp x dpt apa-apa benefit hanya untung runcit ajer. Biz nie BUKAN macam tue. Kita rajin, usaha lebih Ganjaran syarikat akan bagi. Nak dibezakan dengan bekerja makan gaji, setahun kerja pun belum tentu layak untuk terima Bonus dari syarikat kan? kurang-kurang kena kena kerja setahun & mutu kerja, kehadiran yang bagus baru lah layak untuk dapat bonus, itu pun belum tentu 2-3bulan gaji, kalau sebulan gaji pun tak dapat penuh kan. Dengan Biz New Image ini setiap tahun 2x Bonus diberikan, Semua agent layak untuk mendapat Bonus dari syarikat tue. hmmm.. Bersyukur sangat-sangat kerana sahabat Blogger & FB saya Ezira & Suaminya Fahruddin membuka mata saya dengan Biz nie.. kalau tak memang tak merasa lah apa yang saya dpat sekarang ini..

Jadi kepada mereka-mereka yang masih berfikir jalan & cara perniagaan yang ingin dibuat bagi menambahkan pendapatan sampingan diri atau keluarga. Inilah Perniagaannya. Jadilah agent/Pengedar New Image Sdn. Bhd. Marilah bersama-sama baiti kita kecapi kejayaan untuk diri sendiri & kesenagnan keluarga kita. Product bagus, terbukti berkesan, jana pendapatan lumayan setiap bulan hanya sebagai Agent/Pengedar New Image Sdn. Bhd. sahaja. Baiti akan bantu anda untuk berjaya seperti baiti & leader-leader.

Hubungi Baiti untuk menjadi pengedar


Posted in , , , | 2 Comments

Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah Semua.. Moga Tahun ini lebih bermakna & Dilimpahkan rezeki berlipat Ganda serta dipermudahkan segala urusan Dunia & Akhirat.. Aminn

Posted in | Leave a comment

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan...


Wah, lama dah tak 'Update' blog.. :) hari ni ada masa boleh curi sikit, so Baiti type laju2 errk...
Apa story nak share.. haa.. Rasanya semua dah tahu yang Baiti sekarang sedang rancak menjalankan Biz.. Biz apa? ALPHA LIPID SD2.. siapa yang follow Baiti di FB mesti tau pasal ni.

64kg sebulan.. x percaya sila cuba :)

Alhamdulillah, sejak mulakannya rezeki x pernah putus.. order sgtlah banyak.. sampai x menang tangan dibuatnya.. terpaksa curi masa untuk lari ke Opis (NZ New Image) di Midvelly utk amik stock..
bulan ini merupakan bulan ke-4 Baiti dalam biz nie.. Jujur Baiti bagi tahu, dah banyak biz yang baiti cuba buat n nak buat tp semuanya memerlukan modal yang besar.. Tetapi dengan Biz ini Baiti hanya bermodalkan RM60 (sebangai yuran pendaftaran keahlian) Baiti dah boleh mula buat biz dengan menjual produk dari Syarikat. Dan Alhamdulillah dalam sebulan Baiti dapat capai target utk pergi ke 'Next Level' Dari ahli biasa ke 'Level SUPERVISOR' dimana di level ini Baiti akan terima 25% komisyen dari setiap produk yang terjual.. Banyak tue 25% :) Biz nie memang x susah, senang shj semuanya menerusi online Blog & FB.. Cuma perlu ambil masa 30minit - 2 jam sehari shj.. Baiti buat secara Part Time tau.. :)

Masuk Bulan ke-2, rezeki bertambah lagi.. Repeat order, new customer membuak-buak masuk untuk buat order.. Pengguna dah mula bijak membuat keputusan untuk membuat pelaburan terhadap diri sendiri. Mana tak nya.. kalo seminggu boleh turun 2-5kg, sebulan dah berapa kg pulak yang turun kan.. Memang x dapt dinafikan, ALPHA LIPID SD2 ini memang terbukti keberhasilan & keberkesanannya.. Dari income bulan pertama yang Baiti dapat hanya RM300 skarang dah dapat almost RM2k.. banyak beza tue.. :) kira dalam sebulan Baiti dapat 2x Gaji la... Hujug Bulan (Gaji Makan Gaji) & Tengah bulan (Komisyen dari NZ New Image).. suka suka suka

Ini income bulan ke-2 saya :) alhamdulillah..

Jadi kepada mereka yang sedang mencari jalan untuk menambahkan pendapatan (side income) boleh lah mencuba biz ini.. Mudah sangat2, Modal pun x perlu besar2 sangat, hanya RM60 shj dah boleh menghasilkan pendapatan ribu-riban dalam sebulan.. Rugi kalau x mulakannya sekarang, kalau x sekarang bila lagi kan... Ini lah masanya untuk ubah kehidupan kita, Saya dah, anda semua bila lagi... Nak tahu lebih, details boleh Call/SMS/WhatsApp Baiti 017-3653902.. kita leh set appointment n set down together2.. :)


Posted in , , | Leave a comment

Pakej lengkap 4 minggu utk turun ke berat badan ideal.




Wahh Belom raya dah terima byk jemputan Kahwin, Ramai rakan2 ku nak mendirikan Masjid lepas raya ni.. Bila nk kawen jerk mesti fikir nk beli korset nnt nak pakai baju penganting x la nampak lemak "Flabby" Sana sini.. Apa susah, SD2 ALPHA LIPID boleh bantu selesaikan masalah lemak berlebihan 'FLABBY'.. INGAT!! ALPHA LIPID SDII bukan sahaja bantu bakar lemak, ia juga bantu membina semula otot2 utk membentuk semula bentuk badan yg menarik selepas lemak dibakar secara kekal. Otot lebih berat dari lemak. Oleh itu, jgn risau jika berat tak banyak berubah. Yg penting, ukutlilit badan semakin mengecil.. So baju pengantin confirm muat... x perlu berkorset :)

Pakej lengkap 4 minggu utk turun ke berat badan ideal.
(4tin SD2 ALPHA LIPID + BUKU PANDUAN + KETOSTICK + Turbo Shaker)

PM/call/sms/WhatsApp 017 365 3902 for best price...

KATAKAN TIDAK PADA OBESITI!!!! INGAT DIET INGAT SAYA.. JOM RAMPING DAN SIHAT BERSAMA ALPHA LIPID SDII :)


Posted in | Leave a comment

Not Just A Diet, Berbaloi-Baloi



Sesiape yg nak order ALSD2..Sila berbuat demikian yer,takkan asyik nk tgk testimoni lain jer yg kurus..Sendiri bila lagi.Ramai yg tanya pada saya knpe mahal erk?Kenpe produk nie mahal sbb produk nie di dtg kan khas dari Ladang terbaik iaitu dari New Zealand.Pendek cite barang ALSD2 nie diimport dari New Zealand..Mengandungi susu kolostrum awal lembu yg terbaik selepas susu IBU.Formulasinye diperbaharui 2XX LEBIH HEBAT dari produk yg lama SD2.Ditambah dgn Extract Green Tea dn Fiber.Baik utk antibodi kita dan yg penting ianya selamat...Ini lah mase yg sesuai utk kita berdiet."Berdiet Tanpa Lapar" yer.Jgn lapar,Lapar hanya membuatkan kita rase nkmkn byk dan metabolisme kita jadi lebih rendah....Insyaallah sya berikan terbaik utk pelanggan2 saya.So jgn lupe beli package byk kelebihan nya..PM/CALL/SMS BAITI 017-3653902
Bukan saja berjaya membantu ramai mereka di luar sana menurunkan berat badan dengan ALPHA LIPID SDII, beberapa business partner yg baru menyertai kami sejak ALPHA LIPID SDII ni dilancarkan 12 Mei 2012 telah mendapat income masing-masing pada hari ini, 12/7/12. Ni antara contoh income bulan ke-2 dia menyertai kami. Not bad, huh? Jangan lupa bayar zakat, ya!
ANDA BERMINAT SERTAI KAMI SEBAGAI PENGEDAR? PM/CALL BAITI 017-3653902 Sekarang!!!
 
 

Posted in | Leave a comment

ALPHA LIPID SD2 @ TV3





Wowww!!! Bakal meletop dipasaran...sebelum nie x der buat iklan besar2ran di media pun org ramai order...inikan bila dah buat iklan besar2an minggu depan!! ohhhh confirm meletop n bertambah ramai yg order nnt...jd sy memerlukan agent di seluruh Malaysia... jom kita buat side income sama2...Rugi x rebut peluang sekarang!! x perlu tunggu lagi!! berminat utk jd agent PM /CALL  017-3653902 saya cepattt!!

Posted in | Leave a comment

From XXL turn to M - SD2 ALPHA LIPID



Siapa yg x nak bila dulunya XXL bertuka kepada M...
Akk nie dah berjaya capai impiannya...yng juga impian setiap wanita didunia...Nak kelihatan cantik, Menarik yng semestinya 'The Bomb' gitu...tambah pulak dapat kelihatan menarik n tertarik dihari Raya & Hari Bahagia...

Rezeki di hari pertama Minggu baru..Alhamdulillah Rezeki Anak2 untuk Raya nnt, SD2 ALPHA LIPID penagannya mmg terbukti hebat..Terbukti okeh!!! Semua client sy yg juga pengguna SD2 ALPHA LIPID juga menyatakan ianya hebat!! Mereka boleh berdiet tanpa perlu menahan selera makan atau BERLAPAR!!! Dan percaya atau tidak yang sy mulakan Biz ini hanya dgn Modal yg rendah sgt2..Biz juga mudah semuanya melalui online N FB shj..1bln shj sy dpt 'archive the target'..anda apa tunggu lg..berminat nk cuba SD2 ALPHA LIPID & buat biz ini mcm saya boleh CALL/SMS sy Baiti 017-3653902... 
Jom sama2 buat duit RAYA!!


Posted in | Leave a comment

Agent/Dealer diperlukan!!!

 ASSALAMUALIKUM!!!
Sebelum mahu memulakan diet ALPHALIPID SDII, tanya dulu pada diri anda. Bersediakah anda untuk memiliki tubuh badan yg langsing secara sihat dan selamat?Anda perlukan SEMANGAT yg TINGGI dan DISIPLIN sbg kunci utama utk menurunkan berat 2-5KG seminggu. Sekali lagi saya ingtkan, ALPHALIPID SDII BUKAN UBAT, tetapi MAKANAN TAMBAHAN yg MEMBANTU mempercepatkan usaha diet anda dengan mengaktifkan proses pembakaran lemak. Insyaallah anda akan dapat mencapai berat badan ideal spt yg diimpikan dengan bantuan ALPHALIPID SDII. Pastikan pelaburan anda dengan ALPHALIPID SDII berbaloi:)

Dptkan harga istimewa ALPHALIPID dan FREE GIFT dari saya sebelum terlambat:)
PM/CALL/SMS BAITI 017-3653902

Masa mula2 nak buat biz nih, rasa mcm susah sangat..iya lah mana2 biz pun perlukan modal kan..tapi alhamdulillah, dengan bantuan rakan2 seperjuangan i dapat capai terget dalam 1bln shj tanpa modal yg begitu besar..
kalau i boleh sure u all pun boleh..Haaa Bulan Puasa kan nk dekat dah ni..sure byk pebelanjaan diperlukan utuk persiapan perayaan tahun ini kan.. Alhamdulillah Rezeki anak2 saya menanti di bulan yag penuh keberkatan tu nnt..semua hanya perlu dilakukan denga usaha yg kuat shj..Jom, Siapa nak buat side income + Duit Raya nih!! Kami memerlukan Agen/Dealer di kawasan anda..PM/CAL/SMS Me Now BAITI 017-3653902

Untuk buat tempahan & mendapat info tentang SD2 ALPHA LIPID ini pun boleh PM/SMS/CALL BAITI 017-3653902
 
 

Posted in , | Leave a comment

Berdiet Tanpa Berlapar


Alhamdulillah syukur kepada Allah. 
Kerana dengan izinnya dapat juga Baiti 'Hit The Target'.
Now i'm officially Agent & Dealer of New Image Sdn. Bhd.
i'm enjoying doing this biz now..
Bukan seronok dengan figure incomenya.
Tetapi lebih puas & seronok bila dapat bantu orang kelihatan gembira & seronok.
Tak kisah dah penat ke letih kesini sana hantar n ambil stock,
semua tue kalau dapat mengembirakan orang saya akan lakukan..

Thank you to all my Client yang percaya dengan saya & juga Product.
Teruskan lagi usaha anda. Saya akan bantu hingga anda berjaya.
Memang meletup penagan SD2 ALPHA LIPID kali ini.
Mana tidaknya jika hasilnya 2x ganda berbanding SD2 (lama)



Apa itu SD2 ALPHA LIPID? 
Produk baru dengan advanced formula ni 2x lagi hebat.
Diperkaya dengan kandungan green tea+fiber+high protein+9 jenis essential asid amino+11 vitamins+12 minerals dapat mempercepatkan kadar penurunan berat badan 
Ianya juga mengelakkan sembelit serta meningatkan metabolisme badan. 
Produk ni bukan utk orang yg gemuk/ obesiti sahaja tau. 
Orang yang kurus badannya juga masih ada 'hidden fat' yang cuba disembunyi dengan berbaju belang, memakai korset, dll. Produk ni juga sesuai untuk semua, lelaki mahupun wanita, tua mahupun muda.
Pada yang pernah mencuba pelbagai produk lain sebelum ni tapi tak menampakkan kesan yang memberangsangkan, jangan berputus asa. Anda boleh Cuba dulu AlphaLipid SDII ni.
 Lihat dulu perubahan dengan 1 tin AlphaLipid SDII (3-5kg penurunan dalam tempoh seminggu). 
Ayuh turunkan berat badan secara mudah, tidak menyakitkan, sihat dan tanpa perlu berlapar
 Bonus- kulit jadi cantik!

Kepada yang berminat untuk mencuba SD2 ALPHA LIPID ini
jangan tunggu lagi. Dapatkan nya segera sementara stock masih ada..
CALL/SMS Baiti 017-3653902
Dengan setiap pembelian 4tin SD2 ALPHA LIPID dapat FREE GIFT Weight Scale
Kami juga memerlukan Agent / pengedar di seluruh Malaysia!!
Jom BerSD2 & buat side income!!


Posted in | Leave a comment

Promosi SD2 Alpha Lipid



PROMOSI akhir untuk bulan ini...dengan pembelian 4 tin ALPHA LIPID SDII anda layak menerima FREE GIFT WEIGHT SCALE (seperti gambar di bawah) hubungi Segera Saya atau SMS 017-3653902 untuk promosi ini..cepat!!cepat!! sementara stok masih ada..
Jom diet dgn ALPHA LIPID SDII ~TANPA PERLU BERLAPAR. Formula 2x ganda lebih berkesan utk LEMAK YANG EXTRA DEGIL!!!!
More info KLIK SINI
 

Leave a comment

Alphalipid SDII




PROMOSI! PROMOSI! Pembelian Alphalipid SDII selama sebulan (4 tin) FREE Turbo Shaker! pm me for more detail.Rugi kalau lepaskan peluang ni!
Anda tak perlu bimbang dengan Alphalipid SDII ni, ia BUKAN UBAT DIET, tetapi MAKANAN KESIHATAN (food supplement) yang diperkaya dengan kandungan green tea+fiber+high protein+9 jenis essential asid amino +11 vitamins+12 minerals dapat membantu mempercepatkan kadar penurunan berat badan+mengelakkan sembelit+meningkatkan metabolisme badan.
Harapan baru untuk menurunkan berat badan dan menjaga berat badan idaman sepanjang hayat serta membaik pulih kesihatan secara keseluruhan :)

banyak lagi keistimewaan AlphaLipid SDII ni. Nak tau? pm me for more detail. 017-3653902

Posted in | Leave a comment

Sila Percaya!!!!



Alhamdulillah.. My client dpt turnkan berat badan 2kg dlm 1minggu shj.. Next sms yang dia sudah masuk 2nd tin.. Kalau seminggu dah dpt turn 2kg...wonder if 4weeks!! Berminat untuk cuba PM/SMS 017-3653902

Untuk informasi yg lebih lanjut
KLIK SINI

Posted in | Leave a comment

Turun 20kg dalam masa 4 minggu!!! x percaya!!!



Sila baca & Percaya...
salah seorang client saya/pengguna product SD2 yang berjaya turun berat badan sebanyak 20KG dalam masa 4 minggu. Saiz pinggang turut mengecil!!! Anda bagaimana?? Tiba masanya utk melupakan diet lama anda dan nikmati penurunan berat badan secara sihat dengan ALPHA LIPID SD2~

Haaaa... Betui ke? X percayalah?
 :) x percaya? Sila lah percaya kerana ianya adalah benar & kenyataan.
Dan jika nak percaya lagi boleh lah mecubanya.. orang kata belum cuba belum tau kan...
Bila dah cuba barulah anda mempercayainya ;)

Berminat Jom!! Ada promosi khas untuk anda yang nak mula mencuba!!!

Posted in | Leave a comment

HAIQAL a.k.a HERO


Mungkin mereka yang folow Baiti di FB dah tau cerita ini. Perkara ini mungkin dah lama, 
tetapi pada Baiti ianya tetap seperti baru. Kisah Haiqal yang dah mula lasak. Berlaku ketika baiti baru balik dari kerja dalam pukul 6.30ptg macam tue la.. Haiqal & Sheena sedang main di perkarangan rumah. Macam biasa bila Baiti balik kerja, Baiti akan tolak ampaian baju masuk kedalam kawasan terlindung. Takut hujan kang berkarat pulokk besi2 ampai tue. Masa dok tolak ampain tue, panggil la bubudak nie ajak masuk rumah, yer lah kan dah senja2 nie x eolok duduk luar main lagi. Tetiba je dah nampak si Haiqal tergolek dekat tepi 'car posh'. Terus berlari angkat & gosok kepala dia. Tetiba jerk rasa basah tangan, sekali tgok waaaaaa amik ko darah memancut2 kuar.. Alamak!!! berlari masuk umah amik kain & kuar balik masuk kereta gi klinik. 

Dekat klinik, alhamdulillah darah dah kurang kuar, tapi yang tak seronak nak tengoknya adalah Haiqal kena jahit.. Adooiii... ngeri ibu, sedangkan masa Kakak Sheena jatuh dulu pun ibu da mcm nak pengsen tgok darah nie kan Haiqal. Terpaksa juga ibu kutakan semangat.. Nasib kena jahit sikit jerk, tapi tetap ngeri gak nak tgok... Selesai jahit, Doktor pesan untuk pantau keadaan Haiqal dalam masa 24jam nie. Kalu dia mula muntah-muntah berterusan kena bawak ke hospital. Harap tak ada apa-apalah yang serius. Kalau nak bandingkan dengan Kakak Sheena dia lagi teruk. Tapi alhamdulillah lah x ada perkara yang serius berlaku selepas itu.

Sampai rumah, Haiqal terus capai mainan & main seperti biasa..

Ini  rupa Haiqal bila berbalut kepala.. Kuar toncet 'Upin' & berkopiah macam tokwan. 

Sampai masa untuk tidur, Haqial dah mula merengek & menagis. Baiti buat susu, sebab biasa Haiqal akan minum susu sebelum tidur. Habis sebotol susu, tak sempat 5 minit dia lelap, tetiba dia muntah. Habis kuar balik semua susu yang dia minum tadi. Lenjun satu tempat tidur. Dan dia berterusan muntah sampai dah x der menda yang nak dimuntahkan. So Baiti decide untuk bawak Haiqal ke hospital SALAM selepas bincang dengan daddy nak bawak hospital mana. (hospital pun da x sure nak bawak kat mana dah.. tetiba jd blur kat tengah-tengah jalan raya). Sampai hospital dalam pukul 11mlm, doktor terus buat X-tray. X-tray Officer on call terpaksa tunggu dalam 5minit. Masa dekat hospital tue pun dia masih muntah-muntah lagi. Akhirnya Haiqal kena tahan wad untuk pemantauan.

Masa kat wad baru lah Haiqal boleh tidur. Setelah diberi suntikan ubat tahan muntah.
cian adik..

pukul 12mlm baru dapat naik wad. tak pasal bermalam kat wad mlm tue. Esok nya doktor pakar Dr. Shukor datang tengok keadaan Haiqal. Alhamdulillah Doktor cakap nampak macam tak ada apa yang serius. Tapi doktor nak pantau lagi sampai petang ini. Kalau tak ada apa-apa Haiqal boleh la balik. Yeaayy..

Doktor, Saya dah sihat.

Yeayy.. Alhamdulillah petang dah boleh balik. Haiqal pun dak berlari-lari dalam wad. Buat macam umah dia jerk. Kalau doktor x bagi balik pun baiti suruh daddy cakap ngan doktor mintak balik. hehehe. Mana x nya. dia dah ligat balik macam biasa. kita pulak yang risau tgok dia. Kepala tue berjahit takut jerk jatuh kena tempat jahit ke aper ke.. hisshh seriau...




Posted in , | Leave a comment

DERHAKA - hanya anak derhaka kepada Ibu Bapa?


Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. 

Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakan kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.

Secara Amnya, 'derhaka' biasa kita kaitkan dengan perhubungan anak dengan ibubapa.
Namun, tanpa kita sedari, ada antara kita yang bergelar sebagai ibubapa juga penyumbang permasalahan remaja hari ini kerana kita yang “derhaka” terdahap mereka. Mungkin, kita seharusnya cuba memperbetulkan apa yang terjadi pada hari ini dengan memperbetulkan diri dan keluarga kita sendiri.

Sebelum anak menjadi derhaka, sebenarnya ibu bapa adalah penyebabnya, kerana ibu bapa dahulu yang menderhaka kepada anak2. Saya sebagai ibu pun takut mendengarnya, sebab saya bukanlah sempurna dan didikan agama saya pun tak selengkap mana. Tapi alhamdulillah Mak banyak beri nasihat & pendapat dalam mendidik anak-anak. PERTAMA : 'Mak' pesan mulut kita kena jaga. Dari segi pertuturan & percakapan kita seharaian. Setiap perbuatan kita, percakapan kita semua akan diikut oleh anak-anak. Tambah pula anak-anak zaman sekarang ini yang bijak pandai. Dah pasti mereka cepat tangkap apa yang didengari oleh mereka. KEDUA : Emak juga selalu berpesan 'Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibubapa itu adalah satu doa'. walaupun kita bercakap tanpa niat apa-apa. Kalau boleh elakkan lah bercakap yang x elok terutama sekali ketika kita marahkan anak.
Biasa bila masa kita marah kan anak lah macam-macam perkataan yang tak patut keluar. (betui jugak kata emak tue) Cakap sentiasa kena lembut dengan anak-anak. kasar percakapan kita, kasar jugak lah percakapan mereka. KETIGA : Emak cakap jangan membeza-bezakan anak-anak. tak kira lah bezakan diantara adik beradik, saudara-mara, jiran tetangga atau sahabat handai. Ambil kebaikan atau kesilapan orang lain itu sebagai satu pengajaran kepada mereka bukan membeza-bezakan. Bila kita membeza-bezakan kan mereka ini, biasa kita akan cakap 'kenapalah ko ni x macam anak makcik sekian sekian, lagi bagus kalo dia jadi anak mak' (lebih kurang mcm tue lah kot) anak kita akan rasa 'Oh mak x sayang aku, mak lebih suka anak makcik tue dari aku'...hmmm betui gak tue. Sebab pernah dengar Doktor Fadzilah Kamsah cakap menda yang sama. Sebab otak anak x boleh fikir yang positif. Dia akan tangkap yang negetif dulu.  So Doktor Fadzilah cakap kita kena cakap perkara yang Positif dahulu. 

Harap entry kali ini dapat sedikit sebanyak pengetahuan dalam mendidik anak-anak. Tak lupa untuk diri Baiti sendiri. Beringat sebelum bercakap, bertindak dan sebagaiya.



    

Posted in | Leave a comment

'Happy 4th Anniversary'




Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Amiin…


Alhamdulillah dikurniakan 2 orang cahaya mata yang melengkapkan kehidupan kami dalam berkeluarga.. Sheena (3th 4bln) Cinta kami.. terkenang pulak disaat Sheena dilahirkan.. boleh baca kat sini dan 2 tahun kemudian Haiqal (1th 5bln)pulak dilahirkan (Haiqal) melengkapkan lagi kehidupan...so next...hahahaa... tunggu jerk la rezeki.. kalo ikut plan nyer next year...hahahaa..tapi tak lah mendesak sangat..kalu ada rezeki tue kami terima dan sambut dengan gembira..    

Terima Kasih Ya Allah

Posted in , , | Leave a comment

'HILANGNYA DOA SEORANG IBU'


Siapa tonton drama ini malam tadi. Bagus sangat drama ini. Drama lakonan Lisdawati ini betul-betul meninggalkan kesan kepada sesiapa yang menontonya. Berjaya Lisdawati menjayakan watak Laila dalam drama ini. Drama yang mengisahkan seorang anak perempuan yang bertudung & mengekalkan imej seorang muslimah serta beramal & tidak meninggalkan solat serta berpendidikan tinggi hingga menjadi seorang wanita berkerjaya yang berjaya. Namun memiliki sikap suka mencemuh, memaki hamun orang terutama kepada adik & abangnya yang kurang berkemampuan yang sering meminjam wang kepadanya. Pendek kata, jika Abang atau adiknya ingin meminta bantuan kepadanya pasti akan diberi dengan cemuhan & maki hamun terdahulu. Duit bagi tapi kira dapat maki dulu la...hmmm...

Akibat mulut & tutur kata yang tidak dijaga hingga menimbulkan perasaan kecil hati kepada orang yang di cemuhinya, Allah menurunkan sakit kepadanya, dimana dia mengalami Stroke, bukan sekadar stroke. Mulutnya bagaikan dikunci. Tidak mampu berkata-kata. Luka, bernanah & berulat. Sampai lah satu tahap dimana dia akhirnya dimaafi oleh adiknya yang banyak terasa hati akibat kata-katanya. Barulah bebannya semakin berkurangan. Tapi yang sedihnya, Ibunya yang megerjajakan umrah pergi selamanya tidak kembali. Datang roh ibunya membantu, memaafkan segala perbuatan & kata-kata dia barulah dia sembuh dari penyakitnya itu.

Jadi perlulah kita jaga kata-kata kita. Jangan bercakap ikut kan perasaan hati & marah kita. Buatnya kita tak sedar yang kata-kata kita itu buat orang terasa & berkecil hati hingga susah untuk memaafkan kita macam mana? tak ke susah hidup..Bukan sahaja jaga mulut dengan keluarga tetapi orang sekeliling kita.
Kalau cerita tadi hanya salah pertuturan dgn ibu, adik beradik & keluarga sahaja balasan yang diterimanya bergitu apatah lagi dengan orang sekeliling. Ingat lah setiap kesalahan ada balasannya.. 

Jadi jagalah pertuturan kita, mulut kita, bahasa kita...Ada cara lain untuk kita melepaskan amarah kita. Tak salah kalu kita berterus terang cakap elok-elok, tegur elok-elok kan....

Siapa yang tak tengok lagi drama nie jom tengok dekat Tonton.
leh repeat berkali2..hehehee

Posted in , | 1 Comment

Wang aku, wang aku..wang kamu wang aku????


 Photo from Google

Pasti ada diantara kita pernah bersangka atau mengalami keadaan seperti Tajuk entry Baiti kali ini. Entry kali ini Baiti nak berkongsi pengetahuan dengan semua melalui bebrapa sumber yang Baiti dapat iaitu dari Laman Soal Jawab Agama & Dakwah. Entry kali ini bukan untuk menyalahkan kaum Adam, tetapi hanya sekadar untuk berkongsi pengetahuan. Berdosa jika kita dah tahu sesuatu perkara itu dan tidak diberitahu pada yang lain yang mungkin masih belum mengtahuinya, betul tak? Kerana perkara seperti ini akan dilalui oleh kita cuma caranya mungkin berbeza. Atau kita pernah buat tapi kita tidak sedari akan perbuatan itu, dan kemudian menjadi pertanyaan kepada diri sendiri mengenai kesalahan yang dilakukan itu adakah boleh atau tidak.

Apakah berdosa jika kita mengambil duit suami tanpa pengetahuannya?
Hukum mengambil duit suami tanpa pengetahuannya untuk tujuan perbelanjaan harian makan minum dan persekolahan anak-anak telah dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Ini dapat difahami daripada satu peristiwa apabila Hindun binti Atabah isteri Abu Sufian, sahabat Rasulullah telah datang bertanya masalah yang sama kepada Baginda. Berhubung persoalan ini Rasulullah bersabda yang bermaksud: Ambillah apa yang dapat menampungmu dan anak-anakmu secukupnya. (maksud hadis).
Abu Sufian adalah seorang yang sangat kedekut dalam perbelanjaannya. Dia tidak menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk anak dan isterinya sehingga isterinya terpaksa datang mengadu menceritakan kesempitan hidupnya kepada Rasulullah. Hadis ini diceritakan oleh Aisyah, riwayat Bukhari Muslim.
Sikap kikir ini banyak diamalkan oleh sesetengah hartawan kita hari ini tetapi mereka lebih bersikap dermawan di luar kerana inginkan kemasyhuran. Perintah Rasulullah tadi menunjukkan boleh diambil duit suami tanpa kebenarannya, sekiranya pemberian suami masih tidak dapat memenuhi keperluan isteri serta anak-anaknya.
Pengambilan ini tidak dibenarkan melebihi dari keperluan tetapi sekadar mencukupi sahaja. Kalau melebihi keperluan ia adalah haram.

Daripada hadis di atas juga banyak pengajaran yang dapat kita fahami antara lain:

Pertama: Kita boleh menceritakan tabiat buruk seseorang kepada mereka yang berkenaan dan yang berkaitan sahaja tetapi umat Islam dilarang mengumpat sesama saudara Muslim.
Kedua: Harus mendengar pengaduan buruk yang disampaikan untuk pengadilan dan mendapat kepastian sesuatu hukum.
Ketiga: Boleh mengambil untuk sekadar perbelanjaan bagi sesuatu urusan yang perlu sahaja. Sekalipun tanpa pengetahuan mereka (suami).

Pendapatan atau Harta Si Isteri.
Harta isteri adalah milik penuh isteri. Harus ia membelanjakannya mengikut kehendaknya asalkan perbelanjaan itu bukan munkar dan maksiat (jika tidak, harus suami menegahnya atas dasar kewajipan mencegah isteri dan keluarga dari melakukan munkar dan maksiat, bukan atas dasar harta itu miliknya). Begitu juga, tidak harus suami mengambil harta milik isteri melainkan dengan kerelaan dari isteri. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam; “Tidak halal harta seorang muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya” (HR Imam ad-Daruqutni dari Anas bin Malik). Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada ditegaskan; “Para ulamak telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya” (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92).

Dalam penggunaan harta, para ulamak menegaskan bahawa, suami tidak berhak menghalang isterinya yang berakal dan cerdik berbelanja dari hartanya sendiri dalam perbelanjaan yang berbentuk tukaran seperti berjual-beli, memberi upah dan sebagainya. Jika isteri tidak cerdik (yakni ada kemungkinan ia akan ditipu dalam perbelanjaannya), haruslah suami menghalangnya. Mereka (yakni para ulamak) hanya berikhtilaf dalam masalah perbelanjaan yang bukan berbentuk tukaran; iaitu sedekah, hibah/hadiah dan sebagainya (yakni adakah harus isteri memberi sedekah atau hadiah tanpa izin suami?).

Kebanyakan ulamak (merangkumi mazhab Syafi’ie, Hanbali dan Hanafi) berpendapat, tidak wajib isteri mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu untuk bersedekah dari duitnya, yakni diharuskan ia bersedekah dari duitnya sendiri tanpa wajib memohon keizinan suaminya terlebih dahulu atau tanpa memberitahunya. Mereka berdalilkan –antaranya- hadis yang menceritakan; Isteri Nabi iaitu Maimunah binti al-Harith r.a. membebaskan seorang hamba perempuannya tanpa memberitahu Nabi s.a.w.. Apabila tiba giliran Nabi bersamanya, ia berkata kepada Nabi; “Tidakkah kamu perasan aku telah membebaskan hamba perempuanku?”. Nabi berkata; “Benarkah”. Maimunah menjawab; “Ya”. Nabi lalu berkata kepadanya; “Jika kamu menghadiahkan hamba itu kepada ibu-ibu saudara kamu nescaya pahalanya lebih besar lagi”. (HR al-Bukhari dan Muslim). Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak menyimpulkan; harus isteri berderma atau berbuat kebajikan dari duitnya sendiri tanpa keizinan suaminya. Jika perkara tersebut diharamkan tentu Nabi akan melarang isterinya (Maimunah) dari membebaskan hamba tersebut tanpa pengetahuannya. Oleh kerana tiada larangan dari baginda, itu menunjukkan bahawa perbuatan Maimunah itu adalah harus di sisi Syarak

Soalan
1. Bolehkah suami menggunakan wang isterinya (dlm jumlah yg banyak) hanya utk membayar hutang2nya dan membantu keluarganya di kg?
2. Apakah hukum isteri menyembunyikan jumlah wang simpanan dari pengetahuan suami krn dikuatiri akan diminta oleh suami?
3. Bolehkah isteri menyimpan wang secara senyap utk tujuan menunaikan haji?
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan
Merujuk soalan di atas;
1. Suami tidak harus mengambil wang/harta milik isteri untuk membayar hutangnya atau untuk perbelanjaan lain melainkan dengan kerelaan isteri. Adalah harus isteri menghalang suami dari mengambil harta miliknya dan itu tidak dianggap nusyuz.
2. Harta isteri adalah miliknya. Ia berhak menyembunyikannya dari diketahui oleh orang lain –termasuk suami- apatahlagi jika ada maslahah untuk ia berbuat demikian.
3. Menyimpan untuk mengerjakan haji tanpa diketahui suami juga harus jika wang simpanan itu datang dari milik isteri.

Apa yang dinyatakan di atas adalah dari segi keharusan. Adapun yang sebaiknya –untuk menjaga keharmonian rumahtangga- isteri hendaklah seboleh-bolehnya tidak membelakangi suami dalam segala hal kecuali jika tidak dalam dapat dielakkan. Terdapat hadis memceritakan; Rasulullah pernah ditanya; “Apakah ciri-ciri isteri terbaik?”. Baginda menjawab; “Isteri yang menggembirakan suami apabila ia melihatnya, yang mentaati suaminya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyanggahi suaminya pada dirinya dan hartanya” (HR Imam Ahmad, an-Nasai dan al-Hakim dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4045).

zikir pelembut hati ini agar hati suami tu lembut sikit nak beri nafkah:

“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir”

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas ubun-ubun suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Kalau suami terjaga, buat-buatlah cium dahinya. Selain itu hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.
Selain daripada itu amalkan doa ini: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi”. Demikian doa suami kedekut yang boleh Anda amalkan.
Tahukah Anda apabila seorang suami enggan membayar nafkah untuk penggunaan keluarga, dia sudah dikira mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ketua keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami yang mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 1442)
Sumber dari Laman : PelikbinAjaib


Wallahu a'lam..

Posted in | Leave a comment

Oh!! Haseena (Contemporary)



Dah lama nak buat jualan online.. hinggakan user id & password online shop yg lama tue Baiti dah lupa..
Boleh x mcm tue.. Last 2 month Baiti ada create another online shoppe baru..
this time Baiti nak ketengah kan lebih banyak koleksi selain dari tudung.. 
Ini termasuklah pakaian wanita & Kanak-kanak, accessories dan sebagainya..

Dan yang paling utama, kali ini koleksi tudung Baiti akan sediakan semua jenis saiz dari size S hingga lah XL
x lupa jugak untuk kepeluan Haji & Umrah..

Antara koleksi untuk kegunaan Hajji & Umrah adalah seperti Mini Telekung dibawah.


Mini telekung ini juga sesuai digunakan utk kita kaum hawa nie semasa bercuti atau dalam pejalanan..

Oh!! Haseena (Contemporary) juga menyediakan koleksi Tudung dari pelbagai jenis corak,
design & meterial (Kain) yang pastinya memuaskan & berkualiti.


 
Banyak lagi koleksi untuk kali ini, kena lah kunjunggi Blog 
untuk melihat lebih lagi koleksi yang disediakan.
yang pastinya menepati citarasa semua..insyaallah

Jom lah ramai-ramai shopping di Oh!! Haseena (Contemporary)
ada 'discount' menarik menanti... moh shopping moh...



Posted in , , , | Leave a comment

Saya Menang Motor!!



Wahhh!! Gempak Title Post...hehehe x der lah mana menang motor...

Kisah ni dah lama..tp baru nak update hari nie..hahaha..sibuk memanjang dgn kerja kat office lg, kat rumah lagi..phewww..Alhamdulillah, Rezeki this year Sheena & Haiqal will celebrate their birthday together with the theme..Maknanya this year celebrate besar-besaran lah sikit.. Sebab Sheena menang contest di FB..Alhamdulillah, penat jari Ibu dok invited friend supaya 'Like' Photo Sheena bebaloi..
Sheena menang 1st Prize..so teramatlah berbaloi..



Terima Kasih yang x terhingga kepada pengundi-pengundi yang sudi melayan PM Ibu mintak Vote anaknya ini..hehehee..Sebagai membalas jasa mereka, anda dijemput hadir ke majlisnya nanti ya..
Tarikh tak tau bila lagi..sedang didalam perangcangan.. Insyaalah bila dah ada tarikhnya nanti Baiti akan invite mereka-mereka yang membuahkan kemenagan ini...wahhh ayat!! hehee

Terima Kasih 


Posted in , | 3 Comments

Jom Shopping Online -Terjah Sekarang-

Assalamualikum semua... Announcement, Suka cita dimaklumkan kepda semua.. Baiti dah update new collection untuk Oh!! Haseena (Contemporary).. Photo dibawah ini adalah antara koleksi yang dijual di Oh!! Haseena.. Sesuai untuk semua wanita bertudung mahu pun free hair & ak lupa juga kepada kanak-kanak..Cepat segera ke blogshop Oh!! Haseena atau ke Facebook Oh!! Haseena (Contamporary)... Dan jagan lupa Follow Blog kami & Like Facebook page kami ya!!!






Happy Shopping dear's...


Posted in , | Leave a comment

Percutian 'Ad-Hock'

Hujung minggu lepas adalah hujung minggu dengan percutian yang tidak dirangcang. Mulanya rancang untuk 'attend' 'Gathering' sekolah Baiti dekat Putrajaya Wetland. Akhirnya jadi lain. Melencong ke Port Dickson. Biasa kalu bercuti ke PD nie, selalunya pergi dengan keluarga En. Suami. Tapi kali ini dengan keluarga abah Baiti. Mak saudara Baiti a.k.a Chu. Kali ini Chu dapat Kondo TNB dekat Teluk Kemang. Not bad jugak Kondonya 3 bilik. Kondominium peranginan TNB ni terletak betul-betul sebelah 'Thistle', Yang serononya dekant dengan pantai. Tak ada lah nak kena menapak jauh sangat sebab pantai nya dalam kawasan Kondo sahaja. Laju jerk En. Suami bawak kereta bila dapat tau kawan-kawan Baiti yang kuar awal tue x keluar lagi. Pukul 11am kat atas jalan Kesas Puchong zzuuurrrpp.. En. Suamiku bawak laju tak hengat pukul 12 tepat terus sampai. Sabor jerk la.. CupCake yang sepatutnya Baiti bawak untuk 'Gathering' tue bagi lah dekat sepupu yang kebetulan Hari Jadi dia hari itu.. hmmmm (tak ada rezeki nak bagi kawan2 lamaku makan)

Ini adalah burung yang diselamatkan oleh Sheena.
Burung ni Sheena jumpa kelemasan + kebasahan
didalam kolam. Berani jugak si Sheena ni. Perihatin,
katanya 'Kesian dia nanti anak dia cari'.. 5min letak
kan burung tue kat tepi tetiba datang seekor kucing,
berlari terkam burung tu. Rezeki kucing tu lah nampaknya
Nasib baik Sheena x perasan kalau x sure dia nagis.


 Kesian Kakak mandi kat kolam sorang diri,
tak ada orang, kawan...


 Ditepi pantai bersama Opah Chu & Mak Cik Tieha


 Cuba cari dimana Sheena?


 Haiqal paling seronok sebab dapat
makan macam2 termasuklah Tongkol Jagung nie!!


 Haiqal si penakut air... tapi lama2 dah ok..
Amik masa utk warming up..

Next Gathering wajib hadir ehh En. Suami ku...dah 2x tak pergi
So next plan harus pergi yerrk...
(Hatiku yang remuk x hengat sebab x dapt jumpa kawan2 lama..
lama woo 15tahun x jumpa kot)




Posted in , , , , | Leave a comment