Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Followers

HAIQAL a.k.a HERO


Mungkin mereka yang folow Baiti di FB dah tau cerita ini. Perkara ini mungkin dah lama, 
tetapi pada Baiti ianya tetap seperti baru. Kisah Haiqal yang dah mula lasak. Berlaku ketika baiti baru balik dari kerja dalam pukul 6.30ptg macam tue la.. Haiqal & Sheena sedang main di perkarangan rumah. Macam biasa bila Baiti balik kerja, Baiti akan tolak ampaian baju masuk kedalam kawasan terlindung. Takut hujan kang berkarat pulokk besi2 ampai tue. Masa dok tolak ampain tue, panggil la bubudak nie ajak masuk rumah, yer lah kan dah senja2 nie x eolok duduk luar main lagi. Tetiba je dah nampak si Haiqal tergolek dekat tepi 'car posh'. Terus berlari angkat & gosok kepala dia. Tetiba jerk rasa basah tangan, sekali tgok waaaaaa amik ko darah memancut2 kuar.. Alamak!!! berlari masuk umah amik kain & kuar balik masuk kereta gi klinik. 

Dekat klinik, alhamdulillah darah dah kurang kuar, tapi yang tak seronak nak tengoknya adalah Haiqal kena jahit.. Adooiii... ngeri ibu, sedangkan masa Kakak Sheena jatuh dulu pun ibu da mcm nak pengsen tgok darah nie kan Haiqal. Terpaksa juga ibu kutakan semangat.. Nasib kena jahit sikit jerk, tapi tetap ngeri gak nak tgok... Selesai jahit, Doktor pesan untuk pantau keadaan Haiqal dalam masa 24jam nie. Kalu dia mula muntah-muntah berterusan kena bawak ke hospital. Harap tak ada apa-apalah yang serius. Kalau nak bandingkan dengan Kakak Sheena dia lagi teruk. Tapi alhamdulillah lah x ada perkara yang serius berlaku selepas itu.

Sampai rumah, Haiqal terus capai mainan & main seperti biasa..

Ini  rupa Haiqal bila berbalut kepala.. Kuar toncet 'Upin' & berkopiah macam tokwan. 

Sampai masa untuk tidur, Haqial dah mula merengek & menagis. Baiti buat susu, sebab biasa Haiqal akan minum susu sebelum tidur. Habis sebotol susu, tak sempat 5 minit dia lelap, tetiba dia muntah. Habis kuar balik semua susu yang dia minum tadi. Lenjun satu tempat tidur. Dan dia berterusan muntah sampai dah x der menda yang nak dimuntahkan. So Baiti decide untuk bawak Haiqal ke hospital SALAM selepas bincang dengan daddy nak bawak hospital mana. (hospital pun da x sure nak bawak kat mana dah.. tetiba jd blur kat tengah-tengah jalan raya). Sampai hospital dalam pukul 11mlm, doktor terus buat X-tray. X-tray Officer on call terpaksa tunggu dalam 5minit. Masa dekat hospital tue pun dia masih muntah-muntah lagi. Akhirnya Haiqal kena tahan wad untuk pemantauan.

Masa kat wad baru lah Haiqal boleh tidur. Setelah diberi suntikan ubat tahan muntah.
cian adik..

pukul 12mlm baru dapat naik wad. tak pasal bermalam kat wad mlm tue. Esok nya doktor pakar Dr. Shukor datang tengok keadaan Haiqal. Alhamdulillah Doktor cakap nampak macam tak ada apa yang serius. Tapi doktor nak pantau lagi sampai petang ini. Kalau tak ada apa-apa Haiqal boleh la balik. Yeaayy..

Doktor, Saya dah sihat.

Yeayy.. Alhamdulillah petang dah boleh balik. Haiqal pun dak berlari-lari dalam wad. Buat macam umah dia jerk. Kalau doktor x bagi balik pun baiti suruh daddy cakap ngan doktor mintak balik. hehehe. Mana x nya. dia dah ligat balik macam biasa. kita pulak yang risau tgok dia. Kepala tue berjahit takut jerk jatuh kena tempat jahit ke aper ke.. hisshh seriau...




This entry was posted in , . Bookmark the permalink.