Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Followers

Archive for May 2012

'Happy 4th Anniversary'




Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Amiin…


Alhamdulillah dikurniakan 2 orang cahaya mata yang melengkapkan kehidupan kami dalam berkeluarga.. Sheena (3th 4bln) Cinta kami.. terkenang pulak disaat Sheena dilahirkan.. boleh baca kat sini dan 2 tahun kemudian Haiqal (1th 5bln)pulak dilahirkan (Haiqal) melengkapkan lagi kehidupan...so next...hahahaa... tunggu jerk la rezeki.. kalo ikut plan nyer next year...hahahaa..tapi tak lah mendesak sangat..kalu ada rezeki tue kami terima dan sambut dengan gembira..    

Terima Kasih Ya Allah

Posted in , , | Leave a comment

'HILANGNYA DOA SEORANG IBU'


Siapa tonton drama ini malam tadi. Bagus sangat drama ini. Drama lakonan Lisdawati ini betul-betul meninggalkan kesan kepada sesiapa yang menontonya. Berjaya Lisdawati menjayakan watak Laila dalam drama ini. Drama yang mengisahkan seorang anak perempuan yang bertudung & mengekalkan imej seorang muslimah serta beramal & tidak meninggalkan solat serta berpendidikan tinggi hingga menjadi seorang wanita berkerjaya yang berjaya. Namun memiliki sikap suka mencemuh, memaki hamun orang terutama kepada adik & abangnya yang kurang berkemampuan yang sering meminjam wang kepadanya. Pendek kata, jika Abang atau adiknya ingin meminta bantuan kepadanya pasti akan diberi dengan cemuhan & maki hamun terdahulu. Duit bagi tapi kira dapat maki dulu la...hmmm...

Akibat mulut & tutur kata yang tidak dijaga hingga menimbulkan perasaan kecil hati kepada orang yang di cemuhinya, Allah menurunkan sakit kepadanya, dimana dia mengalami Stroke, bukan sekadar stroke. Mulutnya bagaikan dikunci. Tidak mampu berkata-kata. Luka, bernanah & berulat. Sampai lah satu tahap dimana dia akhirnya dimaafi oleh adiknya yang banyak terasa hati akibat kata-katanya. Barulah bebannya semakin berkurangan. Tapi yang sedihnya, Ibunya yang megerjajakan umrah pergi selamanya tidak kembali. Datang roh ibunya membantu, memaafkan segala perbuatan & kata-kata dia barulah dia sembuh dari penyakitnya itu.

Jadi perlulah kita jaga kata-kata kita. Jangan bercakap ikut kan perasaan hati & marah kita. Buatnya kita tak sedar yang kata-kata kita itu buat orang terasa & berkecil hati hingga susah untuk memaafkan kita macam mana? tak ke susah hidup..Bukan sahaja jaga mulut dengan keluarga tetapi orang sekeliling kita.
Kalau cerita tadi hanya salah pertuturan dgn ibu, adik beradik & keluarga sahaja balasan yang diterimanya bergitu apatah lagi dengan orang sekeliling. Ingat lah setiap kesalahan ada balasannya.. 

Jadi jagalah pertuturan kita, mulut kita, bahasa kita...Ada cara lain untuk kita melepaskan amarah kita. Tak salah kalu kita berterus terang cakap elok-elok, tegur elok-elok kan....

Siapa yang tak tengok lagi drama nie jom tengok dekat Tonton.
leh repeat berkali2..hehehee

Posted in , | 1 Comment

Wang aku, wang aku..wang kamu wang aku????


 Photo from Google

Pasti ada diantara kita pernah bersangka atau mengalami keadaan seperti Tajuk entry Baiti kali ini. Entry kali ini Baiti nak berkongsi pengetahuan dengan semua melalui bebrapa sumber yang Baiti dapat iaitu dari Laman Soal Jawab Agama & Dakwah. Entry kali ini bukan untuk menyalahkan kaum Adam, tetapi hanya sekadar untuk berkongsi pengetahuan. Berdosa jika kita dah tahu sesuatu perkara itu dan tidak diberitahu pada yang lain yang mungkin masih belum mengtahuinya, betul tak? Kerana perkara seperti ini akan dilalui oleh kita cuma caranya mungkin berbeza. Atau kita pernah buat tapi kita tidak sedari akan perbuatan itu, dan kemudian menjadi pertanyaan kepada diri sendiri mengenai kesalahan yang dilakukan itu adakah boleh atau tidak.

Apakah berdosa jika kita mengambil duit suami tanpa pengetahuannya?
Hukum mengambil duit suami tanpa pengetahuannya untuk tujuan perbelanjaan harian makan minum dan persekolahan anak-anak telah dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Ini dapat difahami daripada satu peristiwa apabila Hindun binti Atabah isteri Abu Sufian, sahabat Rasulullah telah datang bertanya masalah yang sama kepada Baginda. Berhubung persoalan ini Rasulullah bersabda yang bermaksud: Ambillah apa yang dapat menampungmu dan anak-anakmu secukupnya. (maksud hadis).
Abu Sufian adalah seorang yang sangat kedekut dalam perbelanjaannya. Dia tidak menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk anak dan isterinya sehingga isterinya terpaksa datang mengadu menceritakan kesempitan hidupnya kepada Rasulullah. Hadis ini diceritakan oleh Aisyah, riwayat Bukhari Muslim.
Sikap kikir ini banyak diamalkan oleh sesetengah hartawan kita hari ini tetapi mereka lebih bersikap dermawan di luar kerana inginkan kemasyhuran. Perintah Rasulullah tadi menunjukkan boleh diambil duit suami tanpa kebenarannya, sekiranya pemberian suami masih tidak dapat memenuhi keperluan isteri serta anak-anaknya.
Pengambilan ini tidak dibenarkan melebihi dari keperluan tetapi sekadar mencukupi sahaja. Kalau melebihi keperluan ia adalah haram.

Daripada hadis di atas juga banyak pengajaran yang dapat kita fahami antara lain:

Pertama: Kita boleh menceritakan tabiat buruk seseorang kepada mereka yang berkenaan dan yang berkaitan sahaja tetapi umat Islam dilarang mengumpat sesama saudara Muslim.
Kedua: Harus mendengar pengaduan buruk yang disampaikan untuk pengadilan dan mendapat kepastian sesuatu hukum.
Ketiga: Boleh mengambil untuk sekadar perbelanjaan bagi sesuatu urusan yang perlu sahaja. Sekalipun tanpa pengetahuan mereka (suami).

Pendapatan atau Harta Si Isteri.
Harta isteri adalah milik penuh isteri. Harus ia membelanjakannya mengikut kehendaknya asalkan perbelanjaan itu bukan munkar dan maksiat (jika tidak, harus suami menegahnya atas dasar kewajipan mencegah isteri dan keluarga dari melakukan munkar dan maksiat, bukan atas dasar harta itu miliknya). Begitu juga, tidak harus suami mengambil harta milik isteri melainkan dengan kerelaan dari isteri. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam; “Tidak halal harta seorang muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya” (HR Imam ad-Daruqutni dari Anas bin Malik). Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada ditegaskan; “Para ulamak telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya” (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92).

Dalam penggunaan harta, para ulamak menegaskan bahawa, suami tidak berhak menghalang isterinya yang berakal dan cerdik berbelanja dari hartanya sendiri dalam perbelanjaan yang berbentuk tukaran seperti berjual-beli, memberi upah dan sebagainya. Jika isteri tidak cerdik (yakni ada kemungkinan ia akan ditipu dalam perbelanjaannya), haruslah suami menghalangnya. Mereka (yakni para ulamak) hanya berikhtilaf dalam masalah perbelanjaan yang bukan berbentuk tukaran; iaitu sedekah, hibah/hadiah dan sebagainya (yakni adakah harus isteri memberi sedekah atau hadiah tanpa izin suami?).

Kebanyakan ulamak (merangkumi mazhab Syafi’ie, Hanbali dan Hanafi) berpendapat, tidak wajib isteri mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu untuk bersedekah dari duitnya, yakni diharuskan ia bersedekah dari duitnya sendiri tanpa wajib memohon keizinan suaminya terlebih dahulu atau tanpa memberitahunya. Mereka berdalilkan –antaranya- hadis yang menceritakan; Isteri Nabi iaitu Maimunah binti al-Harith r.a. membebaskan seorang hamba perempuannya tanpa memberitahu Nabi s.a.w.. Apabila tiba giliran Nabi bersamanya, ia berkata kepada Nabi; “Tidakkah kamu perasan aku telah membebaskan hamba perempuanku?”. Nabi berkata; “Benarkah”. Maimunah menjawab; “Ya”. Nabi lalu berkata kepadanya; “Jika kamu menghadiahkan hamba itu kepada ibu-ibu saudara kamu nescaya pahalanya lebih besar lagi”. (HR al-Bukhari dan Muslim). Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak menyimpulkan; harus isteri berderma atau berbuat kebajikan dari duitnya sendiri tanpa keizinan suaminya. Jika perkara tersebut diharamkan tentu Nabi akan melarang isterinya (Maimunah) dari membebaskan hamba tersebut tanpa pengetahuannya. Oleh kerana tiada larangan dari baginda, itu menunjukkan bahawa perbuatan Maimunah itu adalah harus di sisi Syarak

Soalan
1. Bolehkah suami menggunakan wang isterinya (dlm jumlah yg banyak) hanya utk membayar hutang2nya dan membantu keluarganya di kg?
2. Apakah hukum isteri menyembunyikan jumlah wang simpanan dari pengetahuan suami krn dikuatiri akan diminta oleh suami?
3. Bolehkah isteri menyimpan wang secara senyap utk tujuan menunaikan haji?
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan
Merujuk soalan di atas;
1. Suami tidak harus mengambil wang/harta milik isteri untuk membayar hutangnya atau untuk perbelanjaan lain melainkan dengan kerelaan isteri. Adalah harus isteri menghalang suami dari mengambil harta miliknya dan itu tidak dianggap nusyuz.
2. Harta isteri adalah miliknya. Ia berhak menyembunyikannya dari diketahui oleh orang lain –termasuk suami- apatahlagi jika ada maslahah untuk ia berbuat demikian.
3. Menyimpan untuk mengerjakan haji tanpa diketahui suami juga harus jika wang simpanan itu datang dari milik isteri.

Apa yang dinyatakan di atas adalah dari segi keharusan. Adapun yang sebaiknya –untuk menjaga keharmonian rumahtangga- isteri hendaklah seboleh-bolehnya tidak membelakangi suami dalam segala hal kecuali jika tidak dalam dapat dielakkan. Terdapat hadis memceritakan; Rasulullah pernah ditanya; “Apakah ciri-ciri isteri terbaik?”. Baginda menjawab; “Isteri yang menggembirakan suami apabila ia melihatnya, yang mentaati suaminya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyanggahi suaminya pada dirinya dan hartanya” (HR Imam Ahmad, an-Nasai dan al-Hakim dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4045).

zikir pelembut hati ini agar hati suami tu lembut sikit nak beri nafkah:

“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir”

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas ubun-ubun suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Kalau suami terjaga, buat-buatlah cium dahinya. Selain itu hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.
Selain daripada itu amalkan doa ini: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi”. Demikian doa suami kedekut yang boleh Anda amalkan.
Tahukah Anda apabila seorang suami enggan membayar nafkah untuk penggunaan keluarga, dia sudah dikira mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ketua keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami yang mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 1442)
Sumber dari Laman : PelikbinAjaib


Wallahu a'lam..

Posted in | Leave a comment

Oh!! Haseena (Contemporary)



Dah lama nak buat jualan online.. hinggakan user id & password online shop yg lama tue Baiti dah lupa..
Boleh x mcm tue.. Last 2 month Baiti ada create another online shoppe baru..
this time Baiti nak ketengah kan lebih banyak koleksi selain dari tudung.. 
Ini termasuklah pakaian wanita & Kanak-kanak, accessories dan sebagainya..

Dan yang paling utama, kali ini koleksi tudung Baiti akan sediakan semua jenis saiz dari size S hingga lah XL
x lupa jugak untuk kepeluan Haji & Umrah..

Antara koleksi untuk kegunaan Hajji & Umrah adalah seperti Mini Telekung dibawah.


Mini telekung ini juga sesuai digunakan utk kita kaum hawa nie semasa bercuti atau dalam pejalanan..

Oh!! Haseena (Contemporary) juga menyediakan koleksi Tudung dari pelbagai jenis corak,
design & meterial (Kain) yang pastinya memuaskan & berkualiti.


 
Banyak lagi koleksi untuk kali ini, kena lah kunjunggi Blog 
untuk melihat lebih lagi koleksi yang disediakan.
yang pastinya menepati citarasa semua..insyaallah

Jom lah ramai-ramai shopping di Oh!! Haseena (Contemporary)
ada 'discount' menarik menanti... moh shopping moh...



Posted in , , , | Leave a comment