December 22, 2009

BIRTHDAY PHOTO SHEENA & ADAM

.
5 comments

Sabtu lepas sempat jugak adakan majlis
aqiqah & birthday
Sheena & Adam
buat sekali dgn anak kakak ipar baiti..
senang sikit x der la nak mengemas memasak byk kali kan..
walaupun hujan tapi ramai juga yaang dtg memeriahkan majlis nie
pada semua yg dtg Kak Ani,Kak Ajie, Mak we, Mummy E-Car
terima kasih byk2 kerana sudi datang..
ader yg baiti tak perasan tue mintak maaf la...
nak tegur takut salah org pulak...
huhuhu..tq yer semua...
hadiah pun byk gak sheena dpt...
tq all let enjoy the pic yer...
sory la lambat upload...


Sheena sgt teruja tgok byk dolls...

nie hadiah Sheena yg sempat ibu amik..
ader lagik kat umah Wan..nnt kiter amik yer



Sheena sorg jerk yg over bergaun bagai..ibu paksa gakkk...


Kek yg sgt sedap....nyum2....


Sheena tak nak pakai nie!!!!

Argghhh!!! kerimasan...tp ibu paksa jugak...






(muker kepenatan..mengantok sudah!!!)





readmore »»

SELESAI SUDAH

.
6 comments

semalam selamat dah buat DNC kat SALAM
tak lama pun masuk kul 12.35
12.45 da siap tp hubby ckp baiti sedar kul 1 lebih...
byk sgt ubt bius tue...

1st expirence masuk dlm operation theater kat SALAM..
agak gerun jugak la tgok keadaan dier yg begitu byk sgt prosedur..
hmmmm...
and sgt puas hati sgt dgn layanan yg diorg bg...
mmg layak sgt la kalo SALAM nie menjadi sebuah hospital besar dari skrg nie..
heheheh....promote SALAM jup..
rasa nyer kalo operata time dilever satu hari nnt
pun baiti x kisah kot...
pasal semua kelengkapan kat saner ader...
jgn ingat kecik tak lengkap semuanyer....
huhuhu....

so now baiti kat umah mak di USJ16
berpantang disini...
walaupun tak lamer tapi tetap perlu berpantang dgn elok....
dapt cuti MC 15 days...huhuh...
next year bulan 1 baru masuk keje balik...
hehe nie pun da raser cam da mls nak keje da nie...
seronok da dok umah jaga anak....
heheheh...

ok la...end here..
doakan kesihatan baiti yerkk...
amin

readmore »»

December 20, 2009

????

.
6 comments

Tak tau nak bg tittle aper...
hanya mmpu meluahkan shj..

last thusrday...cam biasa..
check up kat SALAM...
n finally found out that there is no fetus heart..
tapi jantung aku yg brgerak sgt laju...

tuhan lebih tahu perasaan aku time tue..
but this time...alhamdulillah..
semangat aku kuat...
mungkin aku telah bersedia menerima apa2 shj
berita & ketentuan dari NYA

isnin aku akan buat appoinment dgn doctor
untuk jlnkan DNC
at the same time aku perlu bersedia kalau2
kandungan aku akan jatuh awal tanpa diduga...

until now masih belum turun...
yang turn hanya darah yg membuat kan aku
agak sakit sakit di bahagian peranakan...
sakitnya tuhan shj yg tau..
sangka ku sakitnyer seperti period pain shj...
tapi..adduuhhhhhh..

org tua ckp aku kata perlu diberi nama juga...
kerana dia menanti kita dimahsyar nnt....
ohhh...sedih nyerr...
sediah teramat...nama iu nnt pasti
tidak aku panggil selalu dirumah seperti sheena...
sgt sedih lg x dpt aku melihat dia membesar seperti Sheena..
waa.....
disebab kan aku x ada anak lelaki lg
maka ibu & daddy akan namakn nya dgn
`NA'IL AFKAR'
yg bermaksud
NAIL - yg suka memberi/penyelesai masalah
AFKAR - yg bijak

hatiku rehda dgn ketetuanmu ya allah..
tunggu ibu disana ya sayang....








readmore »»

December 13, 2009

JEMPUTAN UNTUK SEMUA!!!!

.
10 comments


Sukacita dimaklumkan...
jeng jeng jeng....
menjemput semua rakan2 blogger sekalian
utk menghadiri majlis Aqiqah & Doa Selamat puteriku
IRIS HASEENA a.k.a SHEENA
bersempena ulangtahun nyer yg Pertama..

Tarikh : 19 Dec 2009 (sabtu)
Alamat : No.3 Jalan Kerisi, 17/25
Seksyen 17, Shah Alam
(landmark : besebelahan dgn tadika perpaduan seksyen 17 jer)
Masa : 2pm - 6pm
atucara majlis : 2pm (after Zohor) - majlis doa selamat
4pm - potong kek Sheena & Adam
(sepupu nyer)
(then melantak sampai kenyang....)
Menu : Mcm2 ada...paling special Lamb Boonstick (s'pore mali)
haaa..saper nak tau aper tue Boonstick...jemput dtg yerk...

nak citer skit pasal Boonstick nie..
nie resepi turun temurun my mother in law...
kalo ader kenduri ker mkn2 ker mesti ader nie...
baiti yg tak pernah mkn kambing terus jadi makn disebabkan boontsick nie tau...
sgt sedappp...mkn ngan roti jerkkkk atau dimkn begitu shj...
huhuhu...

kepada semua blogger2 skalian...
jemputla menghadiri majlis kami nie...
(asyik jumpa kat alam maya jerkkk)
leh gak bertemu mata kan...
jemput yerr...anything just call me k
017-3653902 (baiti)




readmore »»

December 12, 2009

HAPPY BIRTHDAY MY LIL ANGEL

.
6 comments


Today 13 DEC at 2.58pm...
genap la usia my princess Sheena 1tahun...
yey....anak ibu da besar da...
mcm2 da pandai,cerdik,lasak semua la...

hmmm...sekejup jerk rasa nyer maser berlalu...
rasa mcm baru shj lahirkan Sheena..
sedar2 tak sedar dah setahun da dia sekarang...
dlm setahun nie mcm2 dugaan yg ibu terima semasa menjaga kamu...
hmmmm...Alhamdulillah..
Sheena dari baby untill now senang sgt nak jaga...
mlm jrg berjaga...mkn senang bg...hmm...

tq Allah...kerana memberikan kekuatan kepada aku..
utk menjaga cahaya hatiku yg kau kurniakan ini...
"Selamat Hari Jadi Sayang"
Moga menjadi anak yg solehah dunia & akhirat



readmore »»

December 10, 2009

GUGURKAH TANGGUNGJAWAB SUAMI APABILA ISTERI BEKERJA?

.
3 comments

hmmm...terbaca sesuatu tentang tanggungjwab suami...
sbb ader story about my frends yg suami nyer tak bekerja...
my friends nie sorg jerk yg kerja...anak da dua beb...
sedih & kesian tgok dia...
semua ditanggung sepenuhnya...si suami tak tolong langsung...
bygkan la...hmmmm
berat sgt tue...n susah kalo tak dilaksanakan...
nak shere cerita & info nyer dgn semua...
baca n fikirkan la wahai para suami...
hmm....fikir2 kan la...

GUGURKAH TANGGUNGJAWAB SUAMI APABILA ISTERI BEKERJA?

Satu perkara yg memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.

Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.

Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.

Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.

Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.

Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.



readmore »»

December 9, 2009

UPDATE SHEENA

.
3 comments


Hmm....tak lamer lagi Sheena turn to 1 year's old...
huhhuu..da besor anak ibu nie...
now jalan sgt la laju..da letih nak kejar...
da tak kisah da sheena nak jln gi maner...
janji mata nie dok perhatikan jerk dier...
agak2 masuk kawasan larangan jerkk..
mula la ibu jerit..SHEENAA!!!!
pandai lak tue...
dengar jerk terus lari sambil senyum...
ingat org nak main kejor2 ngan dier la tue...
heyyyy..perasan minah sorg nie...

Guess what?...
huhuh..now Sheena da pandai ckap KAKAK...
abis semua yg ditunjuk jadik KAKAK..
kipas, lampu,lantai..
semuer...AKAK!!..KAKAK
heheh...sebijik cam ibu kecik2
kater opah...ibu dulu pun kecik2 da pandai ckap KAKAK...
heeheheh..well sheena kan da nak ader adik soon...
so practice yerk my dear...
huhuhu

Sheena Word
DADDY : '"adyy"
IBU : ? (mama jerk yg dier tau) x per....susah kot...
MAKAN : "mamamm"
"dah" : x tau stand for what..kalo abis minum susu mungkin betul la...
nie tak semua tunjuk pun jadik "dah"
Sheena pun da mula paham aper yg kiter ckp...
kalo ckp "bakk" atau "nakk" jerk mesti dier bagi..
aper yg ader kat tgn dier...kdg tue dier lak yg ckp "nakk"
biler ckp "amik car" or "amik ball" walau pun amik maser...
but she still paham...
dia pun pergi amik...n bagi kat kiter...

Now gigi da kuar da satu...
hehehe..abis la pas nie..keje menggeget la pulokkk...

huhuh.....seronok nyer tgok perkembangan Sheena nie..

readmore »»