Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Followers

60th Malaysian Royalty - New Image Sdn. Bhd

Alhamdulillah, Selesai sudah Majlis 60th Malaysian Royalty - New Image Sdn. Bhd. yang baru-baru ini berlangsung di KL Convention Center pada 18th November 2012. Memang beraura untuk berjaya bila berada disana. Bertambah bersemangat saya untuk lakukan yang terbaik dalam biz ini. Insyaallah saya target untuk berada di pentas lagi, tapi kali ini saya mahukan 'Money On Beg' pula.. Dari Uncang naik la ke Beg kan. Tahniah saya ucapkan kepada 'Leader' Ezira Mahadi & Suami kerana berjaya memperoleh kejayaan 'Money On Beg' insyaallah saya akan menyusul di Majlis Royalty pada May'13 nanti.

Kepada yang sedang tercari-cari business apa yang sesuai untuk tambah kan pendapatan keluarga atau sendiri. jawapan saya, Pilih lah untuk bersama-sama saya menjadi Agent New Image Sdn. Bhd. Dengan produk yang berkualiti, bermutu, Halal & terbukti keberkesanannya. Tidak perlu diragui, dengan menjalan kan biz nie tiada istilah 'TAK LAKU'. Produk memang akan terjual, tidak akan tersimpan. 

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/486289_3763897830036_1217943450_n.jpg

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Sumber dari : ARKIB : 19/11/2012 (Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Syarikat swasta serta entiti perniagaan yang telah menempa kejayaan diseru tidak melupakan nasib golongan kurang bernasib baik di negara ini untuk memberikan sumbangan berpatutan kepada mereka.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, di samping mengejar kekayaan pihak swasta juga mempunyai tanggungjawab sosial dalam bersama-sama memajukan rakyat dan negara.
"Sebenarnya, rakyat Malaysia tidak kira lelaki atau perempuan semuanya berebut-rebut mendapatkan kejayaan.
"Tetapi, gunakanlah duit anda secara bijaksana untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat secara amnya," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Royalti New Image Malaysia Ke-60 di sini hari ini.
Yang hadir sama, isteri beliau merangkap Pengerusi Eksekutif Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP), Tun Jeanne Abdullah; Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin; Pengerusi Eksekutif New Image International, Graeme Clegg dan Naib Presiden New Image Asia Pasifik, N. H. Chua.
Majlis itu turut menyaksikan sumbangan RM100,000 kepada SMP iaitu RM45,000 daripada New Image Sdn. Bhd. dan RM55,000 daripada anak syarikatnya, The New Professionals Sdn. Bhd. bagi tujuan kebajikan.
Dalam pada itu, Jeanne berkata, sumbangan daripada New Image tersebut membuktikan rakyat negara ini sentiasa mengambil berat tentang kebajikan golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan fahaman politik.
"Masih ramai golongan yang memerlukan bantuan di negara ini kerana Malaysia berkembang maju dengan terlalu pantas, jadi terdapat pihak yang tercicir," katanya.

ARKIB : 19/11/2012

Syarikat perlu sentiasa bantu golongan tidak bernasib baik - Tun Abdullah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121119/ek_02/Syarikat-perlu-sentiasa-bantu-golongan-tidak-bernasib-baik---Tun-Abdullah#ixzz2CqzEUgWu
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to 60th Malaysian Royalty - New Image Sdn. Bhd

anirza said...

taniah..semoga succes selalu..

zhaslin said...

Tahniah.. bagus tu..
ada masa jom la join dan like page akak ok

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=478904995497125&set=a.478230652231226.1073741830.477504935637131&type=1&relevant_count=1