Followers

PETUA & AMALAN SEMASA HAMIL / SELEPAS BERSALIN


Semasa mengandung kita digalakan mengamalkan beberapa petua & amalan yg amat baik untuk
diri kita & juga anak yg dikandung..sebagai seorg Muslim byk panduan yang dapt kita amalkan
seperti mambaca surah2 dibawah ini :-

  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Semasa mengandung juga kita digalakkan untuk menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya,agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

si bapa, juga digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

ii. Doa memohon rahmat Allah:

“Ya Tuhan kami, janganlah jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk dan kurniakan kepada kami rahmat di sisi Engkau, kerana Engkaulah Maha Pemberi. Ya Tuhan kami, sesungguhnya engkaulah yang akan mengumpulkan manusia di akhirat untuk pembalasan, yang mana hari itu tiada keraguan lagi. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji” (surah Ali- Imran: 8-9)

iii. Doa agar mendapat anak soleh/solehah:

“ya Tuhanku, berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku” (Ali-Imran: 38)

· Kepentingan anak soleh kepada sesebuah keluarga adalah sangat penting, kerana doa anak yang soleh sebagai penyambung pahala setelah ibu bapa meninggal dunia.

· Sabda Nabi SAW, maksudnya “Apabila mati seseorang itu, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmunya yg di manfaatkan orang dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuk kedua ibu bapa mereka” (hadith Riwayat Muslim)

iv. Doa ketika menanti saat hampir bersalin:

· Ketika hampir bersalin atau sedang menunggu waktu bersalin, para ibu janganlah asyik risau atau menjerit kesakitan, tetapi eloklah di gantikan dengan wirid atau zikir atau doa. Sebaik2 doa dan wirid adalah seperti di bawah:

o Maksudnya: “Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang sentiasa menzalimi diri” (Al-Anbiya: 87)

o Selanjutnya bacalah ayat kursi, surah al-ikhlas, surah Al- Falaq, An-Nas, berulang-ulang kali sehingga bersalin.

v. Doa setelah selamat/selesai bersalin:

“Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna daripada semua syaitan-syaitan dan binatang2 yang berbisa dan daripada pandangan mata jahat”

vi. Doa untuk menghilangkan lemah-lemah dan sakit selepas bersalin:

“Ya Allah, sesungguhnya aku ini lemah, kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku ini hina dan muliakanlah aku. Aku miskin dan berikanlah aku rezeki”


This entry was posted in . Bookmark the permalink.

2 Responses to PETUA & AMALAN SEMASA HAMIL / SELEPAS BERSALIN

Sitisifir10 said...

nice sharing :) melihat kpdsenarai surah2 tu..rasa teringin nk khatam sblm beranak..ada 60 hari lagi utk habiskan 15 juzu'...mcm tak sempat aje :(

Precious said...

Untunglah sesapa yg rajin mengamalkan surah2 dan doa2 tersebut.
Err .. Apa kata join kontes Hidup Berani Untuk Gagal. RM5 sudah pasti. Mungkin $$$ banyak lagi menanti. Jom!!