Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Followers

Archive for February 2012

Disyurga tempatmu, Disyurga dia menunggumu

Terdetik di hati nak dikongsikan kepada rakan-rakan semua, dah lama sebenarnya nak menulis tentang kisah ini, tapi tidak berkemampuan. Tapi kali ini rasa ingin untuk menulis.


Tentu ada diantara kalian semua sudah pun terbaca cerita berkenaan seorang anak yang comel ini iaitu adik 'Faris'. Ya, semua tentu sudah mendengar berita sedih yang menimpa anak ini. Jadi tak perlu lah Baiti ceritakan dengan lebih lagi kisah beliau. Disini Baiti nak ucapan Takziah buat keluarga 'Adik Faris' yang telah kembali ke Rahmahtullah baru-baru ini. Pilu sangat hati Baiti bila membaca kisahnya di blog wartawan terkemuka ini Mazidul Akmal. Kepada sesiapa yang ingin membaca boleh lah ke ruang Blog beliau 'Bersama Mazidul'.

Ketika membaca kisah ini, terbawa-bawa pula naluri keibuan yang semulajadi didalam diri ini. Tebayang pula apa akan jadi jika Baiti ditempat wanita cekal itu, mengalami sendiri situasi ini. Ya Allah.. Sesungguhnya kau ciptakan wanita dengan hati yang benar-benar kuat. Terfikir Baiti bagaimana perasaan si Ibu, tak dapat nak dibayang. Tak sanggup nak rungkaikan perasaan si Ibu. Hakikatnya, biarlah Allah sahaja yang mengetahui perasaanya.

Bayangkan lah, bila setiap kali Baiti baca cerita 'Adik Faris' di Blog Mazidul setiap kali itu lah Baiti akan menitiskan airmata. Sampai tak sanggup nak baca ayat seterusnya. Allah lebih menyayangi 'Adik Faris'. Kita sebagai seorang Ibu perlu tabah & redha dengan kehendak 'Nya'. Tenyata syurga tempatnya disana. Pada Ibu 'Adik Faris', disyurga nanti dia menyambutmu. Kepada keluarga 'Adik Faris', semoga tabah menghadapi ketentuan Allah yang sudah tertulis ini. Kita tidak mampu melawan kehendak-Nya. Semoga roh 'Adik Faris' ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & dikasihi-Nya..Amin..

- Al-Fatihah -

Posted in | Leave a comment

Snap Shoot Sheena (Ala Gedik)

Snap Shoot nie di ambil kira-kira 2bulan lepas..time nie Aunty Sheena (SarahSilah) grad..so melaramkan la baju konvo kat Sheena..Nasib baik dia nak pakai..Walaupun awal nyer dia mcm takut tgok baju tuh yang besar..



                     Membelek aper tuee..                             Cap nie besar la...



                      Sukernyer saya...                     Bila besar nnt sy nk pakai baju nie lagi




                                                          Yeyyyy....!!!

Posted in , | Leave a comment

Baju Kurung Pahang + Moden (Merelik...awww)

Assalamualikum semua... sekadar untuk mewar-war kan kepada anda semua, yang kakak Ipar Baiti ada menjual Baju Kurung Pahang & Moden yang siap berjahit labuci.. Sekadar untuk berkongsi dengan korang semua, mana lah tau kalau-kalau ada diantara baju-baju ini menarik hati korang kan.


Untuk melihat lebih banyak lagi korang boleh la klik kat link Facebook ini. Harga juga korang boleh la runding & bertanya sendiri dengan tokeh nyer. Insyaallah harga nya berpatutan. Boleh la melaram dekat opis atau majlis-majlis keraian..hehehe..

Fikir-fikirkan...jengah-jengahkan... (ader ke mcm tuh) huhuhu..

Posted in , | Leave a comment

Ujian Memandu (with 'Jambu' JPJ Officer)

Hari ini merupkan hari yang agak bersejarah jugak lah  dalam hidup Baiti... Stelah sekian lamanya dok menunggu peluang, Akhirnya kali ini baru berkesempatan.. Hari ini Baiti menjalani ujian memandu bahagian II & III di IMKEDA Cheras Batu.9. Alhamdulillah dengan izin 'Allah' hari ini Baiti telah 'LULUS' dengan jayanya...Mula tue agak menggeletar jugakla lutut ni nak ngadap 'test' JPJ tadi..Kuar masuk tandas berapa kali tah tadi..Punyalah gemuruh..huhuu..(perasaan gemuruh mcm nak Nikah dulu jerkkk!! hah..)



'On Road Test' - Masa nih perut lak memulas2 (kecut perut)..Darah gemuruh kuat sangat nak buat mcm maner...terima jerk la..Biler nombor giliran Baiti disebut, terus bangun amik borang and duduk balik sebab kena tunggu giliran, time tuh ader dalam 3 orang (Chinese Girl) sedang tunggu giliran utuk memandu..Tapi nak dijadikan cerita & menambahkan ketaq lutut Baiti nih...Sampai jerk kereta dari bawak 'Pelajar' balik dari jalan raya..Abg. JPJ tuh tunjuk isyarat 'Time-Off' dkt Acik staff situ...lepas tuh dia ckp kat Acik yg jaga kaunter tuh "yang bertudung tuh, panggil dia"..Baiti pun dok tengok la siapa yg bertudung yg dimaksudkan..ingat dier panggil minah tuh sbb ader tertinggal barang ker aper ker..rupanya...Akulah org itu...wahhh!!! lagi la tambah ketaq..dah la potong Turn org pastuh kena panggil sendiri dgn Abg JPJ lak tuh..mak aiii kecut (sib baik handsome) ;p ..masuk dalam kereta relex dulu then baru mula...'Alhamdulillah' selamat gak den bawok Brother JPJ yg chumel + Jambu tuh balik...LULUS..yezzzzzaaaa...

Kesimpulannya, test hari nih banyak betul peluang yang baiti dapat, dah la dapat buat bukit 2x, on the road potong turn org..huhuu..cepat jerk siap cepat den balik...hhhuuhuuu..Now tunggu Lesen ajer..yeyy..nnt da leh ronda2 sendiri, kerja gi sendiri...hahahahaaa best best best!!!

Posted in , | 5 Comments

Cat Baru



Disebabkan sudah lama tak 'update' blog.. Jadi malam tadi melepaskan la hajat yang dah lama terpendan di hati.. Yeyy Template baru untuk kali yg keberapa tah..Banyak kali dah rasanya baiti dok tukar templates..hehehe asyik yang sama jerk tukar la yg baru,tak boring.. ok all's..sambung kerja dulu, nanti kalau bekesempatan baiti akan update lagi okehh... daaa

Posted in | 3 Comments

Chinta Hati Saya..

Lama betul dah baiti x update blog ni..apa yer nak update? hmmm.. Bukan x ingat rakan2 follower sekalian tp keadaan skrg yang dah mula bekerja balik + 2 yg terindah nih ada so masa tue dah jadi  terhad sangat2..mana x nyer siang kat office mlm ngn keluarga..hujung minggu aper lagi habiskan masa sepenuhnya dgn keluarga lah kan...

Update terkini - Sheena dah masuk 3thn 3bln dan Haiqal dah masuk 1thn 3bln..yang si'Daddy' dah dok hint nak lagi seorang..hadoi rasa mcm baru jerk beranak semalam...letih berjaga mlm x habis lagi nih...hmmmm releks dulu erk daddy...kasi ibu rest cukup2 dulu..



Sheena - Makin hari makin cerdik n bijak..dah mula buat latihan pra-sekolah..x padan ngn umur ibu dah ajar dier buat..huhu..skurang2nya sheena diberi pendedahan awal tentang alam persekolahan..yer la kan, tahun depan da nak hantar ker Pra-Sekolah..so kena lah bagi dia tau apa yg ada di sekolah tue..hakikatnya Sheena memang suka dgn buku n x sabar nak masuk sekolah..

ini hasil kerja Sheena (tulisan jerk x cun)

Haiqal - Alhamdulillah..dah boleh berjalan dgn laju sekarang..cuma kena pantau sebab Haiqal suka panjat-panjat..biasa lah budak lelaki..Haoqal pun suka dgn buku..yang bagusnya buku dia pegang x pernah terbalik..in fact bila kita terbalikan buku tue dia akan betulkan balik..cuma Haiqal mcm lambat berckap sikit..Now perkataan yg boleh dia sebut dgn terangnya adalah 'Car'.. And sekarang dah pandai tgok ibu cantik2 pakai baju cantik jer dia dah mula risau, mintak dukung (budget takut kena tinggal la).



 Mcm ini lah hari-hari (haddoi)

Setakat ini dulu update untuk hari ini..insyaallah kalo berkesempatan nnt akan baiti updatekan lagi..

Posted in , , , | 4 Comments