Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Followers

DERHAKA - hanya anak derhaka kepada Ibu Bapa?


Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. 

Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakan kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.

Secara Amnya, 'derhaka' biasa kita kaitkan dengan perhubungan anak dengan ibubapa.
Namun, tanpa kita sedari, ada antara kita yang bergelar sebagai ibubapa juga penyumbang permasalahan remaja hari ini kerana kita yang “derhaka” terdahap mereka. Mungkin, kita seharusnya cuba memperbetulkan apa yang terjadi pada hari ini dengan memperbetulkan diri dan keluarga kita sendiri.

Sebelum anak menjadi derhaka, sebenarnya ibu bapa adalah penyebabnya, kerana ibu bapa dahulu yang menderhaka kepada anak2. Saya sebagai ibu pun takut mendengarnya, sebab saya bukanlah sempurna dan didikan agama saya pun tak selengkap mana. Tapi alhamdulillah Mak banyak beri nasihat & pendapat dalam mendidik anak-anak. PERTAMA : 'Mak' pesan mulut kita kena jaga. Dari segi pertuturan & percakapan kita seharaian. Setiap perbuatan kita, percakapan kita semua akan diikut oleh anak-anak. Tambah pula anak-anak zaman sekarang ini yang bijak pandai. Dah pasti mereka cepat tangkap apa yang didengari oleh mereka. KEDUA : Emak juga selalu berpesan 'Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibubapa itu adalah satu doa'. walaupun kita bercakap tanpa niat apa-apa. Kalau boleh elakkan lah bercakap yang x elok terutama sekali ketika kita marahkan anak.
Biasa bila masa kita marah kan anak lah macam-macam perkataan yang tak patut keluar. (betui jugak kata emak tue) Cakap sentiasa kena lembut dengan anak-anak. kasar percakapan kita, kasar jugak lah percakapan mereka. KETIGA : Emak cakap jangan membeza-bezakan anak-anak. tak kira lah bezakan diantara adik beradik, saudara-mara, jiran tetangga atau sahabat handai. Ambil kebaikan atau kesilapan orang lain itu sebagai satu pengajaran kepada mereka bukan membeza-bezakan. Bila kita membeza-bezakan kan mereka ini, biasa kita akan cakap 'kenapalah ko ni x macam anak makcik sekian sekian, lagi bagus kalo dia jadi anak mak' (lebih kurang mcm tue lah kot) anak kita akan rasa 'Oh mak x sayang aku, mak lebih suka anak makcik tue dari aku'...hmmm betui gak tue. Sebab pernah dengar Doktor Fadzilah Kamsah cakap menda yang sama. Sebab otak anak x boleh fikir yang positif. Dia akan tangkap yang negetif dulu.  So Doktor Fadzilah cakap kita kena cakap perkara yang Positif dahulu. 

Harap entry kali ini dapat sedikit sebanyak pengetahuan dalam mendidik anak-anak. Tak lupa untuk diri Baiti sendiri. Beringat sebelum bercakap, bertindak dan sebagaiya.



    

This entry was posted in . Bookmark the permalink.