Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Followers

Archive for April 2012

Saya Menang Motor!!



Wahhh!! Gempak Title Post...hehehe x der lah mana menang motor...

Kisah ni dah lama..tp baru nak update hari nie..hahaha..sibuk memanjang dgn kerja kat office lg, kat rumah lagi..phewww..Alhamdulillah, Rezeki this year Sheena & Haiqal will celebrate their birthday together with the theme..Maknanya this year celebrate besar-besaran lah sikit.. Sebab Sheena menang contest di FB..Alhamdulillah, penat jari Ibu dok invited friend supaya 'Like' Photo Sheena bebaloi..
Sheena menang 1st Prize..so teramatlah berbaloi..



Terima Kasih yang x terhingga kepada pengundi-pengundi yang sudi melayan PM Ibu mintak Vote anaknya ini..hehehee..Sebagai membalas jasa mereka, anda dijemput hadir ke majlisnya nanti ya..
Tarikh tak tau bila lagi..sedang didalam perangcangan.. Insyaalah bila dah ada tarikhnya nanti Baiti akan invite mereka-mereka yang membuahkan kemenagan ini...wahhh ayat!! hehee

Terima Kasih 


Posted in , | 3 Comments

Jom Shopping Online -Terjah Sekarang-

Assalamualikum semua... Announcement, Suka cita dimaklumkan kepda semua.. Baiti dah update new collection untuk Oh!! Haseena (Contemporary).. Photo dibawah ini adalah antara koleksi yang dijual di Oh!! Haseena.. Sesuai untuk semua wanita bertudung mahu pun free hair & ak lupa juga kepada kanak-kanak..Cepat segera ke blogshop Oh!! Haseena atau ke Facebook Oh!! Haseena (Contamporary)... Dan jagan lupa Follow Blog kami & Like Facebook page kami ya!!!






Happy Shopping dear's...


Posted in , | Leave a comment

Percutian 'Ad-Hock'

Hujung minggu lepas adalah hujung minggu dengan percutian yang tidak dirangcang. Mulanya rancang untuk 'attend' 'Gathering' sekolah Baiti dekat Putrajaya Wetland. Akhirnya jadi lain. Melencong ke Port Dickson. Biasa kalu bercuti ke PD nie, selalunya pergi dengan keluarga En. Suami. Tapi kali ini dengan keluarga abah Baiti. Mak saudara Baiti a.k.a Chu. Kali ini Chu dapat Kondo TNB dekat Teluk Kemang. Not bad jugak Kondonya 3 bilik. Kondominium peranginan TNB ni terletak betul-betul sebelah 'Thistle', Yang serononya dekant dengan pantai. Tak ada lah nak kena menapak jauh sangat sebab pantai nya dalam kawasan Kondo sahaja. Laju jerk En. Suami bawak kereta bila dapat tau kawan-kawan Baiti yang kuar awal tue x keluar lagi. Pukul 11am kat atas jalan Kesas Puchong zzuuurrrpp.. En. Suamiku bawak laju tak hengat pukul 12 tepat terus sampai. Sabor jerk la.. CupCake yang sepatutnya Baiti bawak untuk 'Gathering' tue bagi lah dekat sepupu yang kebetulan Hari Jadi dia hari itu.. hmmmm (tak ada rezeki nak bagi kawan2 lamaku makan)

Ini adalah burung yang diselamatkan oleh Sheena.
Burung ni Sheena jumpa kelemasan + kebasahan
didalam kolam. Berani jugak si Sheena ni. Perihatin,
katanya 'Kesian dia nanti anak dia cari'.. 5min letak
kan burung tue kat tepi tetiba datang seekor kucing,
berlari terkam burung tu. Rezeki kucing tu lah nampaknya
Nasib baik Sheena x perasan kalau x sure dia nagis.


 Kesian Kakak mandi kat kolam sorang diri,
tak ada orang, kawan...


 Ditepi pantai bersama Opah Chu & Mak Cik Tieha


 Cuba cari dimana Sheena?


 Haiqal paling seronok sebab dapat
makan macam2 termasuklah Tongkol Jagung nie!!


 Haiqal si penakut air... tapi lama2 dah ok..
Amik masa utk warming up..

Next Gathering wajib hadir ehh En. Suami ku...dah 2x tak pergi
So next plan harus pergi yerrk...
(Hatiku yang remuk x hengat sebab x dapt jumpa kawan2 lama..
lama woo 15tahun x jumpa kot)




Posted in , , , , | Leave a comment

Sheena ' Senyuman Anak Genius'

Baru ada masa untuk 'update'. Sejak minggu lepas Baiti sibuk dengan kerja. Bulan ini banyak pulak 'Big Event'. Memang tak menang tangan lah dibuatnya. 

Majalah Pa&Ma keluaran April 2012. Photo Sheena terpilih dalam ruangan 'Senyuman Anak Genius'
mengayakan baju Konvo 'Aunty' dia. Orang lain yang Konvo dia pulak yang sibuk melaram.



Sebenarnya Photo ini Baiti masuk kan dalam pemilihan 'Ruangan Gaya Adik'. Tak sangka pulak Cik Wartawan ruangan lain email minta untuk di masukan ke ruangan 'Senyuman Anak Genius'. Tak ada rezeki nak menang sebab penyertaan ramai & bagus-bagus semuanya. Kalau Baiti jadi juri nya mau juling bijik mata nak pilih pemenang. Ruangan ini tak ada tajaan, so tak ada lah cenderahati yang di terima. Kira ini ruang F.O.C lah (hahahahahaaa). Tapi tak per, boleh cuba lagi dengan photo yang lain pulak.


Posted in , | 2 Comments