Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Followers

Disyurga tempatmu, Disyurga dia menunggumu

Terdetik di hati nak dikongsikan kepada rakan-rakan semua, dah lama sebenarnya nak menulis tentang kisah ini, tapi tidak berkemampuan. Tapi kali ini rasa ingin untuk menulis.


Tentu ada diantara kalian semua sudah pun terbaca cerita berkenaan seorang anak yang comel ini iaitu adik 'Faris'. Ya, semua tentu sudah mendengar berita sedih yang menimpa anak ini. Jadi tak perlu lah Baiti ceritakan dengan lebih lagi kisah beliau. Disini Baiti nak ucapan Takziah buat keluarga 'Adik Faris' yang telah kembali ke Rahmahtullah baru-baru ini. Pilu sangat hati Baiti bila membaca kisahnya di blog wartawan terkemuka ini Mazidul Akmal. Kepada sesiapa yang ingin membaca boleh lah ke ruang Blog beliau 'Bersama Mazidul'.

Ketika membaca kisah ini, terbawa-bawa pula naluri keibuan yang semulajadi didalam diri ini. Tebayang pula apa akan jadi jika Baiti ditempat wanita cekal itu, mengalami sendiri situasi ini. Ya Allah.. Sesungguhnya kau ciptakan wanita dengan hati yang benar-benar kuat. Terfikir Baiti bagaimana perasaan si Ibu, tak dapat nak dibayang. Tak sanggup nak rungkaikan perasaan si Ibu. Hakikatnya, biarlah Allah sahaja yang mengetahui perasaanya.

Bayangkan lah, bila setiap kali Baiti baca cerita 'Adik Faris' di Blog Mazidul setiap kali itu lah Baiti akan menitiskan airmata. Sampai tak sanggup nak baca ayat seterusnya. Allah lebih menyayangi 'Adik Faris'. Kita sebagai seorang Ibu perlu tabah & redha dengan kehendak 'Nya'. Tenyata syurga tempatnya disana. Pada Ibu 'Adik Faris', disyurga nanti dia menyambutmu. Kepada keluarga 'Adik Faris', semoga tabah menghadapi ketentuan Allah yang sudah tertulis ini. Kita tidak mampu melawan kehendak-Nya. Semoga roh 'Adik Faris' ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & dikasihi-Nya..Amin..

- Al-Fatihah -

This entry was posted in . Bookmark the permalink.