Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Followers

Ahlan Wasahlan Ya RAAMADHAN



AssalamualikumWarahmatullahiWabarakatuh'

Ramadhan merupakan bulan yang penuh berkat mula mendekati kita. Bila dicongak-congak, kira-kira lagi tiga minggu semua umat islam di Malaysia akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia. Kedantangannya memberi bahagia dan kegembiraan kepada seluruh umat Islam. Walaupun tidak dinafikan ada juga insan-insan yang mengeluh dengan kedatangan bulan ini. Keluhan dan kegembiraan itu tergambar melalui kesanggupan atau tidak untuk berpuasa pada bulan tersebut. Berpuasa satu bulan berturut-turut bukanlah perkara mudah, hanya mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dapat melaksanakannya dengan sempurna.

Disebabkan itu Allah menjanjikan Syurga kepada mereka yang berpuasa dengan sempurna pada bulan tersebut. Perkara ini dinyatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhar," Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga"Memang benar, ada juga diantara kita yang dapat berpuasa sebulan penuh, tetapi puasanya itu hanyalah sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga. Tidak lebih daripada itu, sehingga perkara ini pernah di sebut oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang bermaksud, “Berapa banyak orang yang berpuasa, tiada apa dari puasanya melainkan menahan dari makan dan minum"(Shahih Attarghib : 1076,1077). Namun persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk mengharungi ujian dan cubaan pada bulan Ramadhan?

Kita tinggalkan persoalan tersebut kepada diri kita sendiri. Tanyalah iman kita, tanyalah dirikita. Adakah kita gembira dengan kedatangannya atau risau dan resah akan kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini. Keberkatan dan kemulian bulan ini banyak Allah perlihatkan melalui beberapa peristiwa penting dalam keimanan umat Islam.

Antaranya ialah pada bulan ini Allah telah menurunkan Al-Quran, sepertimana yang dijelaskan oleh-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 185, “Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.."

Selain daripada itu, Allah mengurniakan pada bulan ini dengan Lailatul Qadr, iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Kata Allah dalam surah al-Qadr ayat 1-3, “Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan"

Selain daripada kelebihan-kelebihan dan keistimewaan yang Allah kurniakan pada bulan Ramadhan. Allah tidak pernah melupakan ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang sabar dan sentiasa tunduk kepada-Nya dalam meniti bulan Ramadhan. Allah telah menjanjikan ganjaran setiap kebaikan hambanya dengan 10 kali ganda pahala berbanding pada bulan-bulan yang lain. Selain itu Allah memuji-muji hambanya yang berpuasa semata-mata untuk Dia dengan mengatakan bahawa bau mulut-mulut hamba-Nya yang berpuasa sama dengan bau minyak Kasturi.


Antara keistimewaan lain pada bulan Ramadhan adalah:

1. Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara yang haq dan yang bathil.

2. Pada bulan ini disunatkan solat tarawih, yakni solat malam pada bulan Ramadhan, untuk mengikuti jejak Rasulullah, para sahabat dan Khulafa’ Rasyidin. Ini berdasarkan Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa mendirikan solat malam Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

3. Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.Berdasarkan Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa mendirikan shalat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala, dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

4. Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para syaitan diikat. Sepertimana hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, " Apabila tiba Ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan".


Perkara yang membatalkan

Disamping mengejar keutamaan-keutamaan tersebut, kita juga perlu menjaga beberapa perkara agar puasa kita tidak terbatal dengan sia-sia. Antara perkara yang telah jelas di dalam Quran adalah tidak boleh bersetubuh di siang hari, makan dan minum dari terbit sehingga terbenamnya matahari. Selain daripada 3 perkara tersebut para Ulama telah meluaskan perbahasannya kepada beberapa lagi perkara yang dapat membatalkan puasa,antaranya:

Mengeluarkan mani dalam keadaan terjaga kerana onani, bersentuhan, ciuman atau sebab lainnya dengan sengaja. Adapun keluar mani kerana mimpi tidak membatalkan puasa kerana keluarya tanpa sengaja.

Keluarya darah haid dan nifas. Apabila seorang wanita mendapati darah haid, atau nifas batallah puasanya, baik pada pagi hari atau petang hari sebelum terbenam matahari. Berdasarkan sebuah hadith yang direkodkan oleh Muslim, “Adakah wanita yang datang haidh tidak perlu solat dan puasa? Kami berkata Ya! Maka Rasulullah menjawab : Itulah kekurangan agama mereka”.

Sengaja muntah. Kata Nabi, “Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka dia tidak perlu mengqadha, dan barangsiapa yang muntah dengan sengaja, maka dia perlu mengqadha.”( HR Ibnu Majah : 1676)
• Murtad dari Islam (semoga Allah melindungi kita darinya,perbuatan ini menghapuskan segala amal kebaikan ). Ini berdasarkan Firman Allah, “Seandainya mereka mempersekutukan Allah(murtad), niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.”



Akhir sekali ingin memetik kata-kata Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz(mantan Mufti Arab Saudi), “Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan mahupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.”
WaAllah Alam..

-salam beramal-


Ahlan Wasahlan Ya RAMADHAN

One night I heard a knock on my door;
Who can it be,I wasn’t quite sure.
I open the door and am filled with glee;
The visitor ahead is no stranger to me.

I welcome the guest with utmost delight;
For I know it has come to give me respite.
An air of happiness fills the space;
My home now seems, a better place!

Have you any clue who this visitor could be?
Yes!
its Ramadhan,the month of mercy.
The pious and righteous can’t await its arrival;
Others seem to greet it, with waves of denial.

For Allah(SWT) we fast from dawn to dusk;
For Him our breath is the fragrance of musk.
The muslims who pray and fast with zest;
Are aware of the rewards of this month manifest.

Throughout this month we weep and repent;
Now is the time to strongly lament.
And those who shun this sacred month;
on the Day of Reckoning will face the brunt.

In the last ten nights,hides the Night of Decree;
Allah(SWT) then awaits for his slaves to plea.
The angels descend with Gabriel(AS) in the lead;
To check on the steadfast and record every deed.

A feeling of grief now fills my heart;
As the month of Ramadhan will soon depart.
So lets make a start and worship Him alone;
Now that the worth of this month is known
.


This entry was posted in , . Bookmark the permalink.