Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Followers

HSB nafi bayi patah tulang paha akibat kecuaian jururawat

ALOR STAR: Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, menafikan dakwaan sepasang suami isteri bahawa bayi perempuan mereka yang berusia dua minggu mengalami patah tulang paha di kedua-dua kakinya disebabkan kecuaian jururawat hospital itu, sebaliknya berikutan masalah tulang rapuh.

Pengarahnya, Dr Idris Ahmad, berkata siasatan awal mendapati proses kelahiran bayi berkenaan pada 2 Jun lalu dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan dan didapati tidak berlaku sebarang kecuaian.

Beliau berkata, bayi diangkat dan ditunjukkan jantina kepada ibu sebahagian prosedur biasa yang dijalankan.

“Bayi berkenaan patah kedua-dua belah tulang paha disebabkan tulangnya yang rapuh dan perkara itu cuba diterangkan kepada waris bayi pada 4 Jun lalu.

Bagaimanapun, satu pertemuan akan diatur dalam tempoh terdekat ini antara HSB dengan keluarga bayi berkenaan bagi memberi penjelasan secara terperinci mengenai perkara yang dibangkitkan mereka,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan seorang bayi perempuan berusia 13 hari sering menangis berikutan kedua-dua belah tulang pahanya patah dipercayai berikutan tindakan seorang jururawat HSB yang memegang kaki dan kepala bukannya mengendong bayi berkenaan ketika ditunjukkan kepada ibunya selepas bersalin.


Ibu bayi itu, Noor Amiza Baddaruldin, 28, mendakwa anak sulungnya, Putri Nur Damia Danisha Noor Hairy sering menangis kerana kesakitan akibat kejadian itu.


ayat dari aku => sesaper nk jadik jururawat atau doctor tolongla...jgn anaiya nyawa yg baru nak tengok dunia nih...sedih betul la manusia zaman sekarg nih..kejam2 betul la...tak der sifat kemanusiaan langsung...kalo raser tak leh nak dengar babay bising2 ker aper ker..baik takyah jadik jururawat atau doktor....menyusahkan jerkkkk...

This entry was posted in . Bookmark the permalink.