Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Followers

'Jaga-Jaga Anak Kita, Jangan sampai Jadi Hamba'



Cerita berkenaan 'Budak Hilang' sekarang ini betul-betul merisau
& menakutkan Baiti.
Yang terbaru kisah adik Nurul Nadhira @ Dirang yang
menggemparkan satu Malaysia.
Tidak mahu membuat andaian atau apa-apa 'Spekulasi' tentang kes tersebut (yang masih dalam siasatan polis). Cuma apa yang boleh kita ambil dari kes-kes seperti ini adalah teladan bagi kita supaya lebih peka & sentiasa waspada setiap gerak geri anak-anak kita.

Pada pandangan Baiti, Kanak-kanak seusia 5tahun, tidak sepatutnya kita mengharapkan sepenuhnya terhadap kanak-kanak seusia ini. Kalau di ikutkan umur 5tahun ini baru kita nak kenalkan dia dengan dunia luar. Kebiasaannya dalam usia 5 - 6 tahun kita baru menghantar anak ke Tadika Pra-sekolah kan. Jadi, pada masa usia ini mereka sebenarnya baru mahu mengenali keadaan sebenar dunia luar. Baiti rasa adalah tidak patut kalau kita mengharapkan dia mampu berdikari sendiri.

Jujur Baiti cakap, Baiti sendiri tak 'explore' kan sangat dunia luar dengan anak-anak Baiti. Bukan bermakna nak kongkong mereka atau jadikan mereka seperti 'Katak dibawah tempurung' tak tahu apa itu dunia luar. Tapi Baiti menghadkan, Malah nak ke Playground pun ada masa yang Baiti akan bawak. Bukan lah tak bawak langsung, ada tapi tidak selalu. Kalau nak berjalan pun Baiti akan pastikan orang yang Baiti percayai mampu menjaga anak-anak, kalau yang tak boleh percaya tu memang tak akan la bagi diorang ikut & keluar.

Itu Kisah adik Dirang. Yang terbaru dengar semalam kisah Seorang Bayi yang baru bertaktih lemas di sungai. Aduhh!! lagi sayu. Kanak-kanak ini didapiai berjalan keluar rumah sendiri ketika ibunya sedang membasuh kain di bilik air. Tak sedar anak dah keluar rumah. Tau-tau dah terapung kat sungai. Masya'Allah. Mengucap banyak-banyak bila mendengar. Tapi itu lah dah ketentuan Allah, apalah salahnya jika dukunci pagar atau pintu itu elok-elok. Bukan niat Baiti untuk menyalah kan si Ibu. Tapi itulah pokok pangkalnya perkara itu terjadi atas kesilapan kita sendiri. Walau seteliti mana nya kita, pekanya kita, kita perlu redha & sedar bahawa kita manusia biasa yang tidak dapat mengelak dari melakukan kesilapan walaupun hakikat nya kita sudah cuba untuk mengelak dari berlaku perkara-perkara yang kita sendiri sebenarnya tidak mahu ianya berlaku.

Walaubagaimana pun, takziah Baiti ucapkan buat keluarga adik Dirang & baby yang terlibat dalam kemalangan ini. Diharap, roh mereka ditempatkan dikalagan orang yang dikasihi oleh Allah s.w.t dan kita yang masih hidup ini, diharapkan dapat meneruskan kehidupan seharian dengan lebih berwaspada & yang paling penting peka terhadap anak-anak kita. Jangan biarkan anak-anak kita melakukan sesuatu yang diluar kemampuan mereka.

p/s : mohon ampun maaf jika tulisan saya ini ada mengguris hati sesiapa. Niat hanya sekadar untuk mengambil iktibar & teladan sahaja. Yang baik itu datang nya dari Allah & yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri.

Jom Layan & hayati video ini

This entry was posted in , . Bookmark the permalink.