Followers

Cuaca oh!! Cuaca

Musim, cuaca sekarang yang tidak menentu. Rasa macam pelik jerk bila bulan February - Mei yang kebiasaannya adalah musim panas tetiba jadi musim hujan. Itu lah yang berlaku sekarang ini. Perubahan cuaca yang tak menentu dah sekarang ini. Cerita pasal cuaca dan musim ini. Sekarang ini lah jugak musim anak-anak kita kena demam, selsema & batuk. Banyak blog-blog rakan-rakan bloger Baiti cerita tentang kesihatan anak-anak & keluarga masing-masing. Rata-ratanya semua menerima nasib yang sama.

Macam tu juga lah dengan anak-anak Baiti (si Sheena & Haiqal). Mula dengan Haiqal. Start Demam Sabtu (10.03.2012) Hari ini masuk hari ke-11. Tapi alhamdulillah hari ini ada perubahan dah. Demam dah kurang cuma tinggal batuk jerk. Tapi sepanjang hari-hari yang dia demam tue, Ya'allah tuhan sahaja lah yang tau. Kesian tengok Haiqal melepek ajer terbaring. Nak bergerak pun mintak orang tolong dukungkan dia. Panas naik 'On - Off'. Tapi bila naik jerk panas tu, sampai cecah 40'c tue. itu yang betul-betul kena pantau. Mak Baiti cakap budak lelaki ni kalau demam senang kena 'tarik' atau dalam erti kata lain 'kekejangan'. Memang tak lena tidur malam lah dibuatnya. Tidur pulak Haiqal mesti nak berpeluk tak dengan Ibu dengan Opahnya. Dengan orang lain dia tak nak. Daddy dia pun dia tak nak. Dalam tempoh Haiqal demam ni. 2 klinik swasta Baiti pergi, tapi masih tak menunjukkan sebarang perubahan. Lebuh duit RM130 macam tu sahaja. Ubat jer mahal tapi tak berkesan?
Kesudahannya bawak lah jugak Haiqal ke hospital semalam (Hosp. Sungai Buloh). Siap amik darah semua. Doktor tengok tegak Haiqal merah & bengkak. Keputusan ujian darah ada 'Virus Infection'. Doktor pun macam pelik, kenapa 'antibiotic' yang klinik bagi tu x berkesan sepenuhnya. Padahal Baiti bagi mengikut yang ditetapkan. Hospital bagi sampai 2 botol 'antibiotic'. Siap pesan kalau masih lagi keaadan Haiqal sukar bernafas atau bernafas panjang. Selepas 10hari boleh datang balik. (tapi rasanya ok kot, sebab dah mula nampak kesannya). Antibiotic yang Hospital bagi ini alhamdulillah berkesan akhirnya.


kesian adik terbaring ajer. tak pernah tgok dia macam ini

Semalam Sheena pulak mula demam. Alang-alang ada ubat cepat-cepat bagi kat Sheena. Demam dah ok tapi batuk jer tinggal. Sama lah dengan Haiqal. Batuk kahak teruk sangat batuk dah mcam batuk orang tua je bila dengar.

last-last dua-dua terbaring.

Harapnya cepatlah dua orang 'dak keletah' ni sihat. tak sampai hati pulak tengok keadaan diorang macam ini. Terbaring jerk, makan tak lalu, menyusu pun tak lalu, main pun tak larat. Letak la permainan apa pun depan diorang masa ni. Hanya mampu tengok jerk. Kesian betul
'Get well soon my Lil Prince & Princess' nanti boleh main basikal sama-sama, masak sama-sama ok.


This entry was posted in , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Cuaca oh!! Cuaca

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

anak2 tak sihat nie mmg susah hati.. sabar ye..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ank tak sihat lagi ke?

Baiti Silah said...

Alhamdulillah...dah sihat da diorg.. dah kembali kepada aktiviti normal...hahahaha