Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Followers

KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM DITAWAN!!


Malam tadi...sedang enak aku menjamah hidangan makan malam sambil menonton Buletin Utama..
tiba2 aku tersentak dengan berita mengenai Masjid Al-Aqsa yang merupkan kiblat pertama umat islam
telah di tawan oleh Rejim Xionis..Naik bulu roma aku, Marah dan geram pada Xionix yang kejam itu...
Tidak kah mereka terfikir penindasan yang mereka telah lakukan itu adalah kejam...
Oh...lupa pulak aku...sememangnya mereka lah yang akan menghuru harakan dunia terutama sekali Islam..
Bukan sekadar Masjid yang ditawan oleh kekejaman mereka, malah Jemaah didalam yang sedang melaksanakan tanggungjawab sebagai Muslim juga turut ditawan oleh mereka..

Bukan kah sudah tertulis didalam kitab suci Al-Quran yang mereka lah yang akan memporak-perandakan
Agama islam & umatnya..Terdapat lebih dari 11 ayat didalam Al-Quaran yang menyerlahkan siapa itu Yahudi. Antara ayat2 yang terkandung kisah,balasan mengenai mereka ini antaranya Sebagai contoh, ayat yang bermaksud ‘‘Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan Allah, mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami. Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudiannya, padahal al-Qur’an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah: Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-Nabi Allah yang dulu kalaulah kamu orang beriman? (Surah al-Baqarah: 91)

 ‘‘Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya Kami membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya, tetapi diserupakan bagi mereka. Dan sesungguhnya orang yang berselisih faham, padanya, sebenarnya berada dalam keraguan mengenai pembunuhan itu. Tiada suatu pengetahuan pun mengenainya selain mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.(Surah al-Nisa: 157)

 ‘‘Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami tertutup. Bahkan Allah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit saja di antaranya. (Surah al-Nisa: 155)

‘‘Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: Amatlah apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; Apakah kamu mahu mendahului perintah Tuhanmu? Dan ia meletakkan Lauh-lauh itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menarik kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan aku termasuk dalam golongan orang zalim. (Surah al-A’raf: 150)

Sebagai balasan keatas kekejaman, keganasan bangsa Yahudi di atas, Allah pun menghukum mereka dengan hukuman seperti disebutkan dalam al-Quran maksudnya: ‘‘Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas. 
(Surah Ali ’Imran: 112).

Ayat-ayant diatas ini telah membuktikan pada kita dan seluruh umat islam didunia bahawa betapa kejamnya mereka, kurang ajarnya mereka, rakusnya mereka membunuh,menindas bukan sahaja manusia kini (Palastine)
malah mereka juga adalah antra kaum yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi seperti yang direkodkan dalam beberapa ayat suci.

Maka perlulah kita sedar bahawa siapa sebenarnya lawan & siapa sebenarnya kawan. Kita juga harus menyedari & menginsafi setiap perbuatan hina & kejam yang telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Pada aku sudah tiba masanya kita sebagai umat islam sedar dan bagun untuk saudara
seagama yang kita cintai. Berdoalah setiap masa & waktu untuk mereka yang ditindas.
Moga Allah berada disamping mereka yang setiap masa berjuang demi Agama & Bangsa.

This entry was posted in . Bookmark the permalink.

3 Responses to KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM DITAWAN!!

Unknown said...

tq for dis n3 :)

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kejam betul lah!!

Ya Allah Ya Tuhanku...ko berikanlah hukuman kepada sesiapa yg menzalimi umat Mu..

Unknown said...

Adlina : my plasure dear....

Kinakoyu@mama'adam' : mmg la mereka nie kejam..& teramat la kejam lg mereka keatas umat islam...