Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Followers

DIDIKKAN ANAK DARI SEAWAL BAYI MENURUT CARA ISLAM

sedikit faka dan pengetahuan menarik untuk semua para ibu2 yg kurang pasti
bagaimana memberi didikan kepada anak2, terutamanya didikan awal dari bayi lagi.
jadi disini ader sikit informasi untuk anda semua yang baru saya pelajari untuk dikongsi bersama
sebagai panduan kita bersama.mudah-mudahan ianya dapat membantu mereka yang kini
sudah bergelar ibu bapa malahan juga bagi mereka yang bakal menjadii ibu & bapa..
tak lupa juga kepada semua yang akan mendirikan rumah tangga...insyaallah ianya berguna.

ada tak siapa2 yang tahu bahawa dalam mendidik anak untuk menjadi seorang anak yang soleh dan hamba allah yang beriman dimulakan dari baby...


saya pernah terbaca dalam satu artikel bahawa mendidik anak
bukan sahaja didik dari segi bagi tau dosa2 pahala2,
tetapi sebagai ibu bapa kita kena mulakan
didikan seawal baby seperti tabiat dan adab2.


Contoh:

1. Kita bagi baby minum susu dengan tangan kanan.

2. Ubah kan lagu untuk dodoikan anak dari lagu melayu(lagu adat) dengan
zikir-zikir dan sebagainya agar si anak terbiasa mendengar nama2
Allah.

3. Biasakan anak duduk di meja makan dengan adab iaitu tidak
mendahului orang yang lebih tua dari nya dan elakkan mereka
memerhati makanan di atas meja ketika mereka makan.

3. Pemakanan - elakkan dari membiarkan anak makan barangan yang
kita tidak pasti akan penghasilan dan pembuatanannya.
( saya pernah bertanya ustaz fardu ain di surau dia seorang yang
bertauliah dari al-azhar. Beliau berpesan pada saya agar mengelak
kan membawa anak2 makan di luar di mana kita tahu bahawa tukang
masak bagi makanan restoran tersebut adalah non-muslim
walaupun masakan yang di masaknya HALAL).

4. Jika anak buat silap di depan orang janganlah ibu bapa memarahi anak
di depan orang lain( bawalah ke tempat lain di mana hanya si ibu atau
bapa sahaja yang ada) DAN jangan biasakan diri kita meninggi suara
atau memarahi dengan nada yang kasar serta memukul kerana itu
akan mengundang anak2 untuk terbiasa di marah, meninggi suara dan
bercakap kasar.

5. Biasakan bercerita tentang islam seperti keagungan tuhan kisah nabi2
dan para sahabat kepada anak2 sedari kecil agar dia tumbuh dengan
cerita benar yang indah2 dan bukan dongengan yang direka2 semata2.

walaupun secara luarannya kita tahu bayi tidak memahami apa2 yang kiter perkatakan,
namun hakikatnya secara dalaman sebenarnya mereka memahaminya..
jadi pada pemikiran saya adalah tidak wajar & tidak elok lah sekiranya kita sering berkata2
yang tidak elok dihadapan anak2. ingatlah bahawasanya setiap perkataan @ kata2 yang keluar dari mulut kita itu merupakan satu doa @ permintaan walaupun niat kita disebaliknya..

Pada mula nya saya agak sukar juga menerima "cara-cara" begini untuk mendidik anak akan tetapi setelah difikir sedalam2 saya rasa ada benar dan baik nya cara ini..mungkin anda tidak sedar akan perkara remeh temeh yang kita lakukan seharian seperti bercakap kasar dengan anak ketika kita memandu anak cuba buat hal merengek dan sebagainya...tanpa disedari kita telah memberitahu anak kita bahawa "bercakap kasar ketika marah ialah perkara normal" jadi timbul lah pulak cerita anak kurang ajar, degil, melawan dan sebagai nya wal hal mereka sudah terbentuk begitu daripada insiden2 yang kita TIDAK SENGAJAKAN...jadi kenapa nak salah kan mereka??

This entry was posted in . Bookmark the permalink.

One Response to DIDIKKAN ANAK DARI SEAWAL BAYI MENURUT CARA ISLAM

Unknown said...

erm..ok jgk kan idea 2...thanks 4 informations...